Skip to main content

Malaysia

COVID-19: 1,448 kes baharu, 2,137 sembuh dan 5 kematian

81613990903_NoorHishamAbdullah.jpg
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan sebanyak 1,448  kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 317,717 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 10 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini ialah sebanyak 18,009 kes.

Mengenai penularan jangkitan COVID-19 mengikut negeri, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan pertambahan sebanyak 561 kes, diikuti Johor (273), Sarawak (199), Kuala Lumpur (103) dan Pulau Pinang (99).  

Selain itu, terdapat pertambahan sebanyak lima kes baharu kematian menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhannya kini 1,191 kes.

Jumlah kes sembuh adalah sebanyak 2,137 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 298,516 kes.

Setakat ini, 151 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 72 orang memerlukan bantuan pernafasan.


Advertisement

Must Watch Video