awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 19,819 kes baharu, 81.79% tiada sejarah vaksinasi - KP Kesihatan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
04/08/2021
23:40 MYT
COVID-19: 19,819 kes baharu, 81.79% tiada sejarah vaksinasi - KP Kesihatan
Dr Noor Hisham berkata, daripada 19,819 kes baharu, kategori lima merekodkan 87 kes dengan 90.8 peratus tiada sejarah vaksinasi. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru orang ramai untuk segera mendapatkan vaksin COVID-19.
Ini selepas daripada 19,819 kes baharu direkodkan pada Rabu, 81.79 peratus daripadanya tidak mempunyai sejarah vaksinasi.
"Secara keseluruhan, 1.8 peratus kes dilaporkan berada di kategori tiga hingga lima dengan 78.93 peratus daripadanya tiada sejarah vaksinasi.
"Manakala 98.1 peratus kes pada kategori satu dan dua dengan 81.93 peratus tiada sejarah vaksinasi.
COVID-19 | 19,819 kes baharu, 81.79% tiada sejarah vaksinasi
Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal pesakit semasa baharu didiagnos COVID-19 dan ada diantara mereka yang kekal di kategori sama sepanjang dijangkiti dan ada yang berubah status bertambah baik atau buruk," katanya dalam satu kenyataan, pada lewat malam Rabu.
Kategori lima memerlukan penggunaan ventilator, kategori empat bantuan oksigen, kategori tiga radang paru-paru, kategori dua mempunyai gejala ringan manakala kategori satu tiada gejala.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, daripada 19,819 kes baharu, kategori lima merekodkan 87 kes dengan 90.8 peratus tiada sejarah vaksinasi.
"Kategori empat sebanyak 108 kes dengan 90.7 peratus tiada sejarah vaksinasi, kategori tiga 180 kes (66.1 peratus tiada sejarah vaksinasi), kategori dua 6,772 kes (71.7 peratus tiada sejarah vaksinasi) dan kategori satu 10,001 kes (91.6 peratus tiada sejarah vaksinasi)," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#vaksin
#COVID-19
#sejarah vaksinasi
#bantuan oksigen
#ventilator
#radang paru-paru
#gejala ringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan