KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 20 lagi kluster baharu COVID-19 pada hari ini. 

Ia melibatkan lapan kluster tempat kerja, enam kluster komuniti, empat sektor pendidikan termasuk tiga kluster institusi pendidikan KPM, dan dua kluster keagamaan.

Berikut perincian 20 kluster berkenaan:

1. KLUSTER KAMPUNG PADANG LALANG 

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pasir Mas di Kelantan.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-414296) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mei 2021 hasil saringan
kontak rapat.

Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kampung Padang Lalang, Pasir Mas.

Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 39 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


2. KLUSTER JALAN SAWIT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sarikei di Sarawak.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-400404) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat pembinaan yang terletak di Jalan Sawit, Sarikei.

Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


3. KLUSTER TANJONG KIBONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-369989) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Tanjung Kibong, Sibu.

Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 72 individu telah disaring, di mana 35 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


4. KLUSTER SRI MANJALARA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Mei 2021 hasil saringan bersasar 
pekerja-pekerja sebuah pusat perkhidmatan yang terletak di Bandar Sri Manjalara, Kepong.

Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 11 individu telah disaring, di mana enam kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


5. KLUSTER PERSIARAN LAYAR PERAK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-422262) dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Persiaran Layar Perak,
Nusajaya, Johor Bahru.

Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 257 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19
dalam kluster ini.


6. KLUSTER TAMAN PERTAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Manjung, Kinta, dan Perak Tengah di Perak.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke420271) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Taman Pertama, Kinta.

Kes-kes mempunyai sejarah menghadiri sebuah majlis sosial pada 23 April 2021.

Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 34 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. 


7. KLUSTER KOPITIAM MACHAP BARU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Alor Gajah dan Jasin di Melaka.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-414756) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mei 2021 hasil saringan
individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja dan pelanggan-pelanggan sebuah restoran yang terletak di Machap Baru, Alor Gajah.

Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 230 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam
kluster ini.


8. KLUSTER MUTIARA BENTONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Bentong dan Temerloh di Pahang.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke398367) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 April 2021 hasil
saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan pekerjapekerja sebuah premis perniagaan yang terletak di Bentong.

Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 91 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


9. KLUSTER KAMPUNG PAYA ULAR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Pasir Mas di Kelantan.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-365770) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Paya
Ular, Pasir Mas.

Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 120 individu telah disaring, di mana 41 kes dikesan positif COVID-19 dalam
kluster ini.


10. KLUSTER SUNGAI MAS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bintulu di Sarawak.

Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 April 2021 hasil saringan bersasar komuniti di Sungai Mas, Jalan Tatau, Bintulu.

Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 230 individu telah disaring, di mana 53 kes dikesan positif COVID-19
dalam kluster ini.


11. KLUSTER MONGKOS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching dan Tebedu di Sarawak.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-374393) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Mongkos, Jalan
Mongkos, Serian.

Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam
kluster ini.


12. KLUSTER JALAN DATO ONN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-406367) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Dato Onn, Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 49 individu telah disaring, di mana sembilan kes dikesan positif COVID-19
dalam kluster ini.


13. KLUSTER TANAH PUTIH BARU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-398361) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Taman Tanah Putih Baru, Kuantan.

Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 233 individu telah disaring, di mana 26 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


14. KLUSTER MAHKOTA HEIGHT

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-401523) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Mahkota Height, Jalan Istana Abdul Aziz, Kuantan.

Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 136 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


15. KLUSTER TAMAN MEDAN

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.

Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID19 bermula pada 23 April 2021 hasil saringan bersasar
kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Taman Medan, Petaling Jaya.

Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 320 individu telah disaring, di mana 27 kes dikesan positif
COVID-19 dalam kluster ini.


16. KLUSTER JALAN YAACOB LATIF

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-418794) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mei 2021 hasil saringan kontak rapat.

Kluster ini melibatkan pelajarpelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan Yaacob Latif, Cheras.

Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana enam kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


17. KLUSTER PERSIARAN SETIA PRIMA

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor.

Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 April 2021 hasil saringan bersasar yang melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar dua buah sekolah yang terletak di Persiaran Setia Prima, Shah Alam, Petaling.

Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 271 individu telah disaring, di mana 27 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


18. KLUSTER JALAN KUKUP

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Pontian di Johor.

Dua  kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 409827 dan kes ke409829) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Mei 2021 hasil saringan individu-individu bergejala.

Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Kukup, Pontian.

Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana lima kes dikesan positif COVID-19
dalam kluster ini.


19. KLUSTER SERULING DUA BELAS

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Hulu Selangor di Selangor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-412763) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mei 2021 hasil saringan
individu bergejala.

Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan
Seruling 12, Taman Seruling, Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor.

Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


20. KLUSTER JALAN DAMAI BAKTI

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Cheras, Titiwangsa, dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-413140) dilaporkan positif COVID19 pada 2 Mei 2021 hasil saringan kontak rapat.

Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Damai Bakti 7, Cheras.

Sehingga 5 Mei 2021, sejumlah 55 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


BACA: COVID-19: 3,744 kes baharu, Selangor catat kes tertinggi dengan 1,548 kes