JOHOR BAHRU: Seramai 21 petugas kesihatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dikesan positif COVID-19 membabitkan Kluster Jalan Persiaran Abu Bakar Sultan di sini sejak semalam.
Pengarah HSA Dr Mohtar Pungut @ Ahmad, menerusi hantaran di laman Facebook rasmi hospital itu, berkata kluster tersebut dikesan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSA.
"Susulan itu, aktiviti saringan termasuk pengesanan kontak dijalankan. Pengurusan HSA telah bertindak segera untuk mengawal serta mengekang penularan jangkitan COVID-19 di fasiliti tersebut.
"Langkah-Langkah kawalan merangkumi mengenal pasti dan melakukan saringan calitan tekak terhadap kontak rapat di tempat kerja, rumah dan sosial. Selain itu, tindakan merawat, pemantauan dan kuarantin dijalankan mengikut kategori pesakit dan kontak," katanya.
Beliau berkata, kerja-kerja sanitasi dan nyah kuman telah dilakukan di semua lokasi yang terlibat serta pengoperasian Jabatan Kecemasan dan Trauma tidak terjejas dan beroperasi seperti biasa.
BACA SEMUA BERHUBUNG COVID-19
Unit Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan Persekitaran akan memantau tahap kesihatan semua petugas termasuk amalan kawalan infeksi diperketat dan dipantau Unit Kawalan Infeksi dalam kalangan kakitangan serta petugas kesihatan.
"Pihak pengurusan menyeru orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard dan mengamalkan norma baharu yang ditetapkan di mana sahaja mereka berada walaupun sudah mendapat suntikan vaksin COVID-19," katanya.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan terdapat kluster baharu di daerah Johor Bahru iaitu Kluster Jalan Persiaran Abu Bakar Sultan yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 21 2021
Kerja-kerja sanitasi dan nyah kuman telah dilakukan di semua lokasi yang terlibat serta pengoperasian Jabatan Kecemasan dan Trauma tidak terjejas dan beroperasi seperti biasa. - Gambar fail
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Wanita dihalang bertemu doktor kerana pakai seluar pendek
Menerusi perkongsian wanita berkenaan dalam aplikasi X atas nama Carol Yong, kejadian tersebut berlaku semasa dia mempunyai janji temu bersama doktor dengan segera.
Johor sediakan parkir sementara di HSA atasi kesesakan
Kerajaan Johor mengambil inisiatif menyediakan kawasan parkir sementara di Hospital Sultanah Aminah (HSA), bagi mengatasi kesesakan.
20 liter bahan formalin di HSA tumpah - Exco
Sebanyak 20 liter bahan Formalin tertumpah ketika pembantu perawatan kesihatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sedang menyusun atur bekas berisi bahan itu di stor spesimen.
Pelumba Club Prix Malaysia, Md Izzat Zaidi masih kritikal: 'Bangun la, saya dan anak-anak rindu'
Sejak Sabtu lalu, pelumba CKJ Racing Team iaitu Md Izzat Zaidi MD Salehan masih dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan Cub Prix Malaysia.
Saman kecuaian babit pesakit maut dalam kebakaran di HSA akan dibicarakan
Tiga saman kecuaian yang difailkan oleh ibu bapa kepada tiga pesakit yang maut dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 2016 akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Poliklinik, parkir kenderaan bertingkat di HSA beri keselesaan, kemudahan kepada pengguna
Onn Hafiz Ghazi berkata hospital awam itu antara yang tersibuk dalam negara dengan mengendalikan 2,134 orang pesakit luar dan 460 orang pesakit di wad kecemasan sehari.
Kerajaan lulus RM500 juta segerakan naik taraf Hospital Sultanah Aminah - Anwar
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi menyegerakan projek-projek pembinaan fasa pertama di dalam Hospital Sultanah Aminah (HSA), yang dijangka bermula pada tahun ini.
Johor mohon tempat letak kereta bertingkat di HSA
Kerajaan Johor akan terus memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar tempat meletak kenderaan bertingkat dibina di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini bagi menangani isu kesesakan.
Penambahan petugas tingkatkan kecekapan operasi HSI, HSA - MB Johor
Seramai 243 petugas kesihatan akan ditambah melibatkan pegawai perubatan dan jururawat di kedua-dua hospital itu selain dua wad di HSI yang ditutup sebelum ini telah kembali beroperasi semula.
Kepulan asap di HSA berpunca daripada isyarat palsu - Exco
Kepulan asap di Bilik High Voltage di Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam, berpunca daripada isyarat palsu.