awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 23 kes varian baharu, 38 kes varian VOC dikenal pasti - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Astro Awani
13/09/2021
23:35 MYT
COVID-19: 23 kes varian baharu, 38 kes varian VOC dikenal pasti - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata, daripada 38 kes VOC, 36 kes merupakan varian Delta manakala dua lagi varian Beta. -Gambar fail
SEBANYAK 23 kes varian baharu COVID-19 dikesan UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI), manakala 38 kes variant of concern (VOC) dikesan Institut Kajian Perubatan (IMR).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 38 kes VOC, 36 kes merupakan varian Delta manakala dua lagi varian Beta.
Sumber Facebook DGHisham
Jelasnya, jumlah kumulatif kes dijangkiti virus COVID-19 yang dikategorikan sebagai VOC dan variant of interest (VOI) adalah 1,385 kes.
Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 1,365 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.
Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 1,141 kes varian Delta, 211 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha.
Manakala bagi VOI, terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa, dan tiga kes varian Eta.
Kesemua 23 kes kes varian baharu COVID-19 dan 38 kes VOC varian Delta dikesan dari 31 Ogos hingga 13 September.
Ia dilaporkan di Selangor (20 kes), Sabah (19 kes), Johor (14 kes), Kuala Lumpur (6 kes), Negeri Sembilan dan Melaka masing-masing satu kes.
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#varian baharu
#VOI
#VOC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan