Skip to main content

Malaysia

COVID-19: 24 kematian baharu direkod, 9 BID

81641477551_TBICUHOSSGBULOHCOVID.jpg
81641477551_TBICUHOSSGBULOHCOVID.jpg
Advertisement
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 24 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 32,099 orang, daripada 2.97 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sembilan daripada 24 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 122,991 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 111,323 individu atau 90.5  peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 6,001 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 5,512 kes dirawat di hospital dan 75 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 75 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 80 lagi memerlukan mesin ventilator.



Must Watch Video

Advertisement