awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 2,842 kes baharu, 28 lagi kematian

Eton Khir
Eton Khir
04/01/2022
06:39 MYT
COVID-19: 2,842 kes baharu, 28 lagi kematian
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,769,886. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 2,842 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit meningkat berbanding semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,769,886.
Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 28 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 31,560 kematian.
Jumlah itu juga termasuk empat kes brought-in-dead (BID) atau kes kematian di luar hospital.
Pada 4 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,842 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,769,886 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 4, 2022
Setakat ini, 252 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 134 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Manakala, jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 2,862 kes, sekali gus menjadikan angka kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 2,698,613.
Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2, iaitu 98.3 peratus atau 2,795 kes, melibatkan pesakit tidak bergejala dan gejala ringan.
Selebihnya merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5 iaitu sebanyak 1.7 peratus atau bersamaan 47 kes.
Dalam pada itu, dua kluster baharu turut dikesan dengan 200 kluster masih lagi aktif sementara 5,939 kluster telah diisytiharkan tamat.
Kenyataan Akhbar KPK 4 Januari 2022 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dan Bencana Banjir di Malaysia https://t.co/bTu6LGhbJj
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 4, 2022
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Noor Hisham Abdullah
#jangkitan
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan