awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit 'membimbangkan' rakyat Singapura
Lelaki Nigeria campak cucu dari tingkat tiga dihukum gantung sampai mati
Dewan Perwakilan AS luluskan RUU lanjutkan subsidi penjagaan kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 3,048 kes baharu, 11 kematian - Dr Noor Hisham

Hilmi Malik
Hilmi Malik
25/01/2021
10:50 MYT
COVID-19: 3,048 kes baharu, 11 kematian - Dr Noor Hisham
Sebanyak 11 kematian baharu dilaporkan hari ini, menurut Dr Noor Hisham. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Malaysia merekodkan sebanyak 3,048 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 186,849 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak lapan kes import dilaporkan mendapat jangkitan di luar negara.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 41,076 kes," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Mengenai penularan jangkitan COVID-19 mengikut negeri, katanya Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan pertambahan sebanyak 1,035 kes dan diikuti Johor (529) dan Sabah (348).
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan sebanyak 11 kes kematian baharu menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhannya kini 689 kes.
Setakat ini, sebanyak 261 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 101 orang memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, jumlah kes sembuh terus mencatat peningkatan sebanyak 3,638 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 145,084 kes.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#COVID-19
#koronavirus
#kes baharu
#Malaysia
#Selangor
#Johor
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan