Skip to main content

Malaysia

COVID-19: 36 kematian baharu direkod, 11 BID

61640299378_pesakitpositifCOVI.jpg
61640299378_pesakitpositifCOVI.jpg
Advertisement
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 36 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 32,276 orang, daripada lebih 3.14 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 11 daripada 36 kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 233,065 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 219,696 individu atau 94.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,476 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 7,658 kes dirawat di hospital dan 235 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 103 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 132 lagi memerlukan mesin ventilator.



Must Watch Video

Advertisement