awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 4,006 kes baharu, Putrajaya catat R-naught tertinggi

Astro Awani
Astro Awani
25/04/2022
03:10 MYT
COVID-19: 4,006 kes baharu, Putrajaya catat R-naught tertinggi
Satu kluster baharu direkodkan, dengan 97 kluster masih aktif. - Foto fail
KUALA LUMPUR : Negara terus mencatatkan penurunan kes harian COVID-19 dengan 4,006 kes yang direkodkan semalam.
Ia berbanding 5,624 kes hari sebelumnya.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, 3,982 kes (99.40%) adalah kategori satu dan dua.
Manakala 24 kes (0.60%) lagi dalam kategori tiga, empat dan lima.
Daripada jumlah kes kategori tersebut yang dilaporkan pada 24 April 2022, 8 kes (33.33%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 9 kes (37.50%) telah menerima dua dos vaksin COVID19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 7 kes (29.17%) telah menerima dos penggalak.
Sementara 9 kes (37.50%) berumur 60 tahun dan ke atas dan 12 kes (50.00%) mempunyai komorbid.
Sebanyak 98 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 61 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 10,223.
Semalam, satu kluster baharu direkodkan, dengan 97 kluster masih aktif.
Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau r0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.77, dengan putrajaya mencatatkan bacaan tertinggi pada 1.15.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#dos penggalak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan