Skip to main content

Malaysia

COVID-19: 43 kematian baharu direkod, 13 BID

61640299378_pesakitpositifCOVI.jpg
61640299378_pesakitpositifCOVI.jpg
Advertisement
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 43 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini 32,634 orang, daripada 3.37 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 13 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 298,976 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 286,959 individu atau 96 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,758 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 7,911 kes dirawat di hospital dan 348 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 145 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 203 lagi memerlukan mesin ventilator.




Must Watch Video

Advertisement