NATIONAL
COVID-19: 8 kluster baharu, libatkan majlis sosial, rumah panjang

Sejumlah lapan kluster baharu COVID-19 dikenal pasti hari ini melibatkan empat buah negeri, menjadikan jumlah kluster yang masih aktif pada ketika ini adalah 343 kluster. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sejumlah lapan kluster baharu COVID-19 dikenal pasti hari ini melibatkan empat buah negeri.
Ia menjadikan jumlah kluster yang masih aktif pada ketika ini adalah 343 kluster.
Di Sarawak, terdapat empat kluster baharu iaitu dua kluster tempat kerja iaitu Jalan Bambangan dan Jalan Badarudin serta dua kluster komuniti iaitu Nganga Kelangas dan Abak Bon.
Dilaporkan dua kluster baharu di Selangor melibatkan tempat kerja iaitu Jalan Kasawari dan Jalan Desaria.Sementara Kelantan merekodkan satu kluster baharu melibatkan tempat kerja iaitu Jalan Zainab.
Di Sabah, satu kluster baharu dilaporkan iaitu Meruntum melibatkan komuniti.
Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Cybersouth (180 kes), Kluster Jalan Kasawari (49 kes), dan Kluster Telok Mas (44 kes).
Berikut perincian berkenaan kluster baharu hari ini:
- KLUSTER JALAN KASAWARI
- KLUSTER JALAN DESARIA
- KLUSTER JALAN BAMBANGAN
- KLUSTER JALAN BADARUDIN
- KLUSTER JALAN ZAINAB
- KLUSTER NANGA KELANGAS
- KLUSTER ABAK BON
- KLUSTER MERUNTUM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami