MALAYSIA
COVID-19: 862 kes baharu, ini lima tumpuan sidang media KKM hari ini

Ini lima perkara penting dalam sidang media Dr Noor Hisham hari ini. - Foto/Bernama
PUTRAJAYA:Bilangan kumulatif kes jangkitan COVID-19 di Malaysia kini mencecah lebih 22,000 orang dengan 862 kes baharu dilaporkan hari ini.
Berikut adalah lima perkara penting sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
1. Terdapat 862 kes jangkitan baharu dicatatkan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 22,225 kes.
2. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,681 kes.
3. Terdapat pertambahan satu kluster baharu di Kota Belud Sabah iaitu Kluster Kertang.
4. Jumlah kes pulih hari ialah 634 menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 14,351 atau 64.6 peratus.
5. Tiga kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 193 kes atau 0.87 peratus.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami