Skip to main content

Malaysia

COVID-19: 9 kematian baharu direkod, 2 BID

81641477551_TBICUHOSSGBULOHCOVID.jpg
81641477551_TBICUHOSSGBULOHCOVID.jpg
Advertisement
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sembilan kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini 32,034 orang, daripada 2.9 juta kes positif covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COIDNOW, dua kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 69,572 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 60,999 individu atau 87.7 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,474 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 3,962 kes dirawat di hospital dan 123 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 66 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 71 lagi memerlukan mesin ventilator.



Must Watch Video

Advertisement