awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hampir 40 sekolah di Johor diarah tutup sejak bulan lepas

Bernama
Bernama
01/05/2021
13:25 MYT
COVID-19: Hampir 40 sekolah di Johor diarah tutup sejak bulan lepas
Hampir 40 sekolah di Johor diarah tutup secara berperingkat sejak bulan lepas. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Hampir 40 sekolah di Johor diarah tutup secara berperingkat sejak bulan lepas setelah terdapat kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan kakitangan dan murid di institusi pendidikan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor Mazlan Bujang berkata Pejabat Kesihatan Daerah meminta Pejabat Pendidikan Daerah menutup sekolah terbabit bagi membolehkan penilaian risiko, pengesanan kontak rapat serta proses disinfeksi dilakukan.
"Namun ia tidak tutup secara serentak. Penutupan sekolah berkenaan adalah selama tujuh hari bagi membolehkan ujian calitan dijalankan terhadap individu terlibat selain proses sanitasi dijalankan.
"Apabila keputusan ujian menunjukkan negatif, barulah sekolah tersebut boleh dibuka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Agihan Bubur Lambuk dan Sumbangan Bakul Makanan kepada warga asnaf dan ibu tunggal di sebuah pasar raya di Bandar Dato Onn di sini hari ini.
Beliau juga berkata kerajaan negeri sedang berusaha memastikan kira-kira 49,000 guru di Johor selesai menerima vaksin sehingga akhir bulan ini dalam fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula 19 April lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekolah
#Johor
#tutup
#sekolah tutup
#COVID-19
#Mazlan Bujang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan