KOTA BHARU: Kelantan hari ini merekodkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R naught (Rt) tertinggi di negara ini iaitu pada kadar 1.32 berbanding kadar kebangsaan 1.19.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, ia berikutan peningkatan kes positif COVID-19 yang mendadak sehingga menyebabkan tujuh jajahan di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Jumaat lepas hingga 29 April ini.
Beliau berkata, setakat ini masih terdapat 2,627 sampel yang belum mendapat keputusan ujian COVID-19 dan lebih membimbangkan penggunaan katil hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) semakin meningkat.
"Sejumlah 23 peratus kes dikesan tidak melibatkan kontak rapat dan ini menunjukkan jangkitan dalam komuniti sangat tinggi.
"Langkah penutupan sekolah dalam kawasan PKP terpaksa dilaksanakan berikutan 30 peratus jangkitan adalah daripada kalangan warga sekolah. Justeru, beberapa langkah akan diambil bagi mengatasi masalah penularan wabak COVID-19 di tempat kerja, sekolah, masjid dan komuniti," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Ahmad berkata, kerajaan negeri juga menyeru seluruh umat Islam di Kelantan agar mengadakan solat hajat di masjid dan kediaman masing-masing bagi membendung wabak COVID-19 sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
Beliau berkata, sepanjang tempoh itu juga umat Islam diminta memperbanyakkan bacaan al-Quran dan bersedekah.
"Mudah-mudahan dengan amalam taqqarub itu dan dengan keberkatan bulan Ramadan, wabak ini dapat dibendung," katanya.
Semalam, Kelantan merekodkan 225 kes baharu dengan 28 kluster yang masih aktif.
Terdahulu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan bertindak mengarahkan semua sekolah dan institusi pendidikan di tujuh jajahan yang dikenakan PKP, ditutup seminggu bermula hari ini hingga 24 April depan. - BERNAMA
Bernama
Sun Apr 18 2021
Pengawal keselamatan Wan Khairul Anuar Wan Hamid menutup pintu pagar sekolah yang diarah tutup ketika tinjauan di Sekolah Kebangsaan Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - Gambar BERNAMA
28,531 calon UPKK 2023 raih 8A
28,531 daripada 230,580 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya catat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin, mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
Mengenang sumbangan dan jasa Joseph Kurup
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah, Dr Romzi Ationg berkongsi pandangan dan memperingati sumbangan dan jasa mendiang Joseph Kurup.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas kepada Al Hilal.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
TikTok mulakan ujian untuk aplikasi perkongsian gambar dan teks
TikTok Notes akan memudahkan perkongsian perkembangan harian dengan lebih mudah dan kreatif menggunakannya.
Kelantan hargai kesediaan kerajaan Persekutuan bantu tangani krisis air- MB
Kerajaan Kelantan menghargai kesediaan Kerajaan Persekutuan dalam membantu menangani krisis bekalan air di negeri ini.
Suspek kes tembak di KLIA pernah belajar di pondok
Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.
Tiga laluan utama di Gua Musang dijangka sesak Jumaat ini - Polis
Tiga laluan itu adalah Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Jeli-Gua Musang.
PGA tumpas 431 kes rentas sempadan, rampasan bernilai RM18.5 juta
PGA Kelantan telah menahan 373 individu dan merampas pelbagai barang dianggarkan bernilai RM18.5 juta di sempadan.
Kelantan ucap terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, salur Wang Ihsan lebih RM50 juta
Kerajaan Kelantan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana menyalurkan Wang Ihsan RM58.6 juta, pada minggu lepas.
Aidilfitri: Hampir 1 juta kenderaan perantau masuk ke Kelantan
Hampir sejuta kenderaan anak-anak perantau masuk ke Kelantan menerusi tiga pintu masuk utama sejak Jumaat lalu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Aidilfitri: 4 jalan di Machang ditutup bermula 7 April - JKR
Empat jalan raya di jajahan Machang akan ditutup sementara kepada pengguna selama seminggu bermula Ahad depan sempena Aidilfitri.
Bantuan Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam Kelantan
Kerajaan Kelantan mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam membabitkan gred 56 ke bawah yang akan diagihkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Kelantan umum Selasa ini cuti peristiwa sempena Aidilfitri
Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa di seluruh negeri ini pada Selasa 9 April atau 29 Ramadan.
Pasir Mas, Tumpat dijangka sambut Aidilfitri tanpa bekalan air
Penduduk di jajahan Pasir Mas dan Tumpat dijangka mengalami gangguan bekalan air pada Aidilfitri ini berikutan pengurangan air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Kelar.