awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kembali satu digit selepas enam lagi kes direkodkan

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
02/09/2020
09:52 MYT
COVID-19: Kembali satu digit selepas enam lagi kes direkodkan
Menurut Dr Noor Hisham, empat kes import yang dilaporkan hari ini mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan semua bukan warganegara.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan enam lagi kes baharu COVID-19 direkodkan pada Rabu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah tersebut, empat daripadanya merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan semua bukan warganegara.
"Daripada empat kes itu, satu kes dilaporkan melibatkan individu dari Syria dan tiga dari Indonesia.
"Selain itu, dua lagi kes merupakan kes penularan dalam negara yang melibatkan warga Malaysia.
"Ia melibatkan satu kes daripada kluster MV Glen dan satu lagi di Pahang yang dikesan melalui saringan di tempat kerja," jelas Dr Noor Hisham dalam kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sehingga Rabu adalah sebanyak 9,360.
Sementara itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 153 kes dan kesemua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Tambah Dr Noor Hisham, terdapat empat kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), di mana tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala jumlah kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 128|.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#KKM
#koronavirus
#Noor Hisham Abdullah
#unit rawatan rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan