awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Kelantan buru wanita warga asing dalangi sindiket ganja, tiga suspek ditahan
VM2026: Malaysia sasar 4.6 juta pelancong Indonesia
Lebih 40,000 pelajar pedalaman manfaat MyRailLife, bergantung kepada tren KTMB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kerjasama ASEAN bantu kekang Omicron - Dr Dicky Budiman

Israr Khalid
Israr Khalid
08/02/2022
03:37 MYT
COVID-19: Kerjasama ASEAN bantu kekang Omicron - Dr Dicky Budiman
Dr Dicky melihat perlunya negara ASEAN yang lebih terkedepan dalam menangani wabak ini membantu negara jiran yang lebih terhad keupayaannya. -Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Kebersamaan antara negara-negara anggota ASEAN amat diperlukan untuk memerangi COVID-19 dengan jayanya secara bersama.
Pakar epidemiologi di Griffith University Australia, Dr Dicky Budiman melihat perlunya negara-negara yang lebih terkedepan dalam menangani wabak ini membantu negara-negara jiran yang lebih terhad keupayaannya.
Ini kerana, menurut beliau, begitulah yang diamalkan Kesatuan Eropah yang membuatkan mereka kukuh dan menerajui dunia bersama walaupun bukan semua negara-negara anggotanya kaya.
“Perbezaan atau kepelbagaian ekonomi atau kemampuan perjagaan kesihatan antara negaranya itu boleh ditutup jurangnya oleh negara-negara yang lebih.
“Inilah fungsinya kerjasama ASEAN, ertinya kebersamaan itu penting bukan hanya di level lokal tetapi saling peduli.
“Misalnya ada satu dua negara ASEAN yang cakupan vaksinasinya buruk, itu kan berbahaya dan boleh menjadi sarang lahirnya varian baharu.”
Disebabkan itu, tegas Dr Dicky, kita juga yang akan rugi dan berdepan situasi yang lebih buruk sekiranya negara yang dicemari dengan gelombang varian baharu itu adalah jiran kita.
Maka negara-negara yang masih perlahan dalam gerakan vaksinasinya seperti Myanmar, Kemboja dan Laos harus dibantu oleh negara jirannya yang berjaya mengawal perebakan wabak di tempatnya seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura.
“Penyedaran terhadap konteks seperti inilah yang seharusnya menjadi kompas bagaimana seharusnya kita membantu rantau ini khsusnya di negara-negara yang memiliki keterbatasan.”
Tonton temu bual penuh Dr Dicky dalam Agenda AWANI dihoskan oleh Nazri Kahar, di sini:
Indonesia, Malaysia & Singapura perlu bantu ASEAN kekang Omicron - Pakar epidemiologi
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Omicron
#Dicky Budiman
#Negara Anggota ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan