awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: KKM mungkin akan wajibkan suntikan vaksin, jika ditemui

Isabelle Leong
Isabelle Leong
05/06/2020
12:05 MYT
COVID-19: KKM mungkin akan wajibkan suntikan vaksin, jika ditemui
DR NOOR HISHAM: Jika kami hendak menetapkan satu dasar, kami perlu lihat keberkesanan dan kesan sampingan vaksin berkenaan. - gambar fail
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkemungkinan akan mewajibkan suntikan vaksin COVID-19 kepada semua, sekiranya ia ditemui.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM perlu melihat keberkesanan dan kesan sampingan vaksin tersebut terlebih dahulu sebelum mewajibkannya.
“Sekarang memang tidak ada vaksin COVID-19 lagi. Kajian masih dijalankan.
“Namun, besar kemungkinannya kami akan menetapkan dasar untuk mewajibkan pengambilan vaksin tersebut,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya pada Jumaat.
Katanya, setakat ini, tiada lagi dasar mengenai kewajiban untuk mengambil vaksin virus wabak COVID-19 itu.
“Jika kami hendak menetapkan satu dasar, kami perlu lihat keberkesanan dan kesan sampingan vaksin berkenaan.
“Setakat ini, kami tidak ada dasar tersebut,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau melihat kajian vaksin dijalankan di luar negara sebagai suatu perkembangan yang baik.
Jelasnya, kajian fasa kedua di Amerika Syarikat sudah lengkap dan mereka akan menjalankan kajian klinikal fasa ketiga yang akan melibatkan beberapa negara.
"Kami juga dimaklumkan bahawa negara China juga menjalankan kajian fasa kedua setakat ini.
“Laporan lengkap akan dikeluarkan mungkin pada November. Kami melihat kajian tersebut sebagai satu perkembangan yang baik," katanya.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#China
#COVID-19
#dasar
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kajian
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#suntikan
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan