PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata bekalan vaksin masih mencukupi dan belum mencapai tarikh luput selain ia berkesan melindungi orang ramai daripada jangkitan mutasi dan strain baharu COVID-19 untuk pelaksanaan dos penggalak ketiga.
"Dos penggalak perlu untuk melindungi kumpulan rentan termasuk warga emas dan golongan komorbid yang mudah terdedah kepada risiko dan kesan memudaratkan.
"Kita (KKM) sedar ada sedikit peningkatan kes (COVID-19) dan mutakhir adalah dalam lebih 12,000. Saya telah memberitahu Kabinet semalam untuk maklum kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dah ahli (Kabinet) akan situasi ini dan wajar kita berikan perhatian,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan KKM di sini hari ini.
Semalam, kes COVID-19 dalam negara dilaporkan meningkat kepada 12,757 kes pada Minggu Epidemiologi ke-49 iaitu dari 3 hingga 9 Dis lepas berbanding 6,796 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Kadar kemasukan pesakit COVID-19 termasuk pesakit yang disyaki COVID-19 ke fasiliti kesihatan meningkat 1.4 peratus berbanding minggu sebelumnya serta pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) juga meningkat 1.4 peratus.
Beliau berkata peningkatan itu terkait dengan pergerakan orang merentas negeri menjelang cuti akhir tahun tanpa memakai pelitup muka dan keadaan cuaca.
"Adalah wajar diberi perhatian dan dalam keadaan sesak sebaiknya gunakan pelitup muka dan juga bagi individu bergejala, supaya dapat selamatkan orang lain dengan pelitup muka," katanya.
Ditanya keperluan saringan ketat di pintu masuk negara, Dzulkefly berkata langkah intervensi dan mitigasi yang sesuai akan diambil segera sekiranya diperlukan.
"Semua ini kriteria yang jelas andai keperluan itu timbul, kita dengan segera akan mengambil langkah intervensi dan mitigasi yang lebih sesuai. Kita tidak mahu terlalu cemas, tapi kita juga tidak ambil mudah,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023

Dr Dzulkefly (tengah) ketika sidang media pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kesihatan di kementerian itu hari ini. - Foto Bernama
Israel sedia serang nuklear Iran - Laporan
Israel sedia serang nuklear Iran - Laporan
LIMA'25: hari kedua tingkat keterujaan orang awam
Penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2025 memasuki hari ke-2 hari ini dimana pelbagai lagi acara akan diadakan sehingga 24 Mei ini.
Perkembangan terkini, kita bersama wakil Astro Awani Kedah, Abd Hadi Che Awang di Langkawi, silakan Hadi.
Perkembangan terkini, kita bersama wakil Astro Awani Kedah, Abd Hadi Che Awang di Langkawi, silakan Hadi.
Cabaran 40 hari bersama rakan sebilik
Cabaran 40 hari bersama rakan sebilik

Dr Ravigadevi saintis pertama Malaysia dipilih sebagai Fellow Royal Society
Pemilihan Dr Ravigadevi Sambamhamutthi sebagai Fellow Royal Society pertama Malaysia adalah detik kebanggaan untuk negara.

Jualan automotif dijangka reda tahun ini selepas paras rekod pada 2024 - HLIB
HLIB menjangkakan jumlah jualan atau keseluruhan industri (TIV) sektor automotif bagi 2025 akan mereda ke tahap 750,000 unit.
Rafizi tuduh kem Izzah lindungi 'oportunis' PKR
Rafizi tuduh kem Izzah lindungi 'oportunis' PKR
Persiapan Kongres Nasional lancar - Fuziah Salleh
Persiapan bagi keseluruhan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadual bermula esok berjalan lancar setakat ini.
Remaja maut motosikal bertembung lori simen
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori simen dalam satu kemalangan di Taman Sri Kapar, menghala ke Kuala Selangor, petang Selasa.
Budak tujuh tahun maut jatuh dari tingkat 29 kondominium di Puchong
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Puchong, Subang Jaya, pada Selasa.
Gajah naik minyak di JRTB Gerik-Jeli, sebuah kenderaan rosak
Tiga ekor gajah mengamuk sehingga merosakkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dalam satu kejadian berhampiran Tugu Peringatan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik–Jeli, dekat Sungai Lebey, Gerik, pada Selasa.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kes COVID-19 di Thailand berganda, Bangkok catat lebih 6,000 jangkitan
Kes COVID-19 di Thailand meningkat kepada 33,030 minggu lalu, dengan lebih 6,000 kes dilaporkan di Bangkok.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perhimpunan tahunan WHO bermula, perjanjian pandemik jadi tumpuan
Perjanjian itu dirangka dalam tempoh singkat susulan pengajaran yang diperoleh daripada pandemik COVID-19.

Kes COVID-19 di Selangor terkawal, catat penurunan - Exco
Situasi jangkitan COVID-19 di Selangor dalam keadaan terkawal berdasarkan laporan terkini dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) hingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-19 2025.

Filipina 'aktif memantau' peningkatan kes COVID-19 di Asia Tenggara
Sehingga 3 Mei 2025, DOH melaporkan penurunan sebanyak 87 peratus dalam kes dan kematian berbanding 2024 di Filipina.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 Mei 2025.

Kes COVID-19 terkawal, KKM terus pantau rapi
Sejumlah 11,727 kes direkodkan dari ME1 hingga ME19 tahun ini, dengan trend penurunan berterusan sejak awal tahun.

Gaji graduan: Calon temuduga perlu buktikan nilai diri, jangan tuding pihak lain - Belia
Calon temu duga perlu membuktikan nilai yang boleh ditawarkan kepada bakal majikan, dalam rundingan mengenai gaji.

Trump kritik Tim Cook kerana tingkatkan pengeluaran Apple di India
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meningkatkan tekanan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, supaya memindahkan lebih banyak pengeluaran ke AS.