KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti sebanyak tiga lagi kluster baharu COVID-19 dan pertambahan kes kematian baharu pula sebanyak tiga kes.

Berikut merupakan lima tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Ahad, 15 November 2020:

1. 1,208 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 47,417 kes.

2. Tiga kes kematian baharu dilaporkan.

3. KKM mengesan tiga lagi kluster baharu.

4. 104 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 42 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

5. Kes kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia sebanyak 12,323 kes.

BACA: COVID-19: 1,208 jangkitan baharu, Kuala Lumpur rekod 469 kes

BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)