KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 202 kes positif COVID-19 pada Rabu dengan 11 daripadanya dikesan menerusi satu kluster baharu di Sandakan, menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri itu 239,026.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata kluster baharu itu ialah Kluster Millenium Saudi melibatkan jemaah dari Sandakan yang baharu pulang daripada menunaikan umrah dan dikategorikan sebagai kes import.
Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata kes indeks kluster berkenaan merupakan seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun dengan sejarah perjalanan menunaikan umrah bermula 4 hingga 15 Dis lepas di Arab Saudi.
"Saringan PCR dibuat di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur setibanya kes indeks dari Arab Saudi, sebelum menyambung penerbangan domestik ke Sandakan dan seterusnya menjalani kuarantin wajib di rumah. Bagaimanapun, beliau dimaklumkan keputusan saringan PCR positif pada 17 Dis.
"Saringan dijalankan terhadap 57 kontak rapat mendapati 10 lagi kes positif terdiri daripada ahli rombongan umrah bersama kontak rapat lain, menjadikan jumlah kumulatif 11 kes. Semua pesakit berserta kontak rapat telah dikuarantin dan diberi rawatan sesuai," katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Sementara itu, Masidi berkata seramai 457 pesakit COVID-19 di Sabah dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah, menjadikan jumlah kumulatif sembuh 231,123 orang.
Katanya, dua kes kematian direkodkan hari ini, masing-masing satu di Sandakan dan Sipitang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 22 2021
Masidi berkata kes indeks kluster berkenaan merupakan seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun dengan sejarah perjalanan menunaikan umrah. - Foto BERNAMA
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2023 melibatkan peruntukkan RM833,019,462 diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
Belanjawan 2023: Tingkatkan kecekapan pengurusan, kurangkan birokrasi - Masidi
Kerajaan Sabah menyarankan agar Kerajaan Pusat meningkatkan kecekapan pengurusan belanjawan yang diumumkan setiap tahun kepada negeri itu.
Hajiji pengerusikan mesyuarat kabinet pertama selepas rombakan Jemaah Menteri
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri pertama pada Rabu selepas rombakan kabinet minggu lalu.
Tiada cerita politik Sabah, hanya bincang Persidangan Khas DUN - Masidi
Tiada isu lain yang dibincangkan dalam perjumpaan hari ini tetapi berbincang mengenai penyelarasan perjalanan Persidangan Khas DUN.
Politik Sabah: GRS adalah parti politik maka Hajiji ada parti - Masidi Manjun
Kenyataan mengelirukan mengenai dakwaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor tidak berparti selepas meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan kenyataan tidak berasas.
Politik Sabah: Dakwaan Bung terhadap Hajiji tidak benar - Masidi
Masidi berkata, tiada merit kepada dakwaan Bung Moktar bahawa Hajiji tidak mempunyai locus standi untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.
Hajiji masih dapat sokongan majoriti ADUN Sabah - Masidi
Masidi mendakwa sokongan terhadap Hajiji untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sabah turut diberikan oleh tujuh Adun Pakatan Harapan (PH).
Keluar parti: Empat ahli Parlimen tidak terkesan dengan Akta Anti-Lompat Parti - Masidi
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin empat ahli Parlimen gabungan itu tidak terjejas dengan Akta Anti Lompat Parti.
Keputusan untuk tumpukan pada GRS demi kepentingan Sabah, Malaysia - Masidi
Masidi berkata peningkatan retorik agama dan kaum oleh sebahagian parti dari Semenanjung pada PRU15 adalah tidak konsisten dengan nilai kepelbagaian kaum dan agama Sabah dan Sarawak.
DUN Sabah: Tambahan RM68 juta bantu empat teras KKTP
Pertambahan peruntukan RM68.92 juta kepada RM204.03 juta bagi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan menerusi Belanjawan Sabah 2023.