Skip to main content

Malaysia

COVID-19: Kluster Maju diisytihar kluster baharu - Dr Noor Hisham

41597766133_NoorHishamCOVID.jpg
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat sebuah kluster baharu iaitu Kluster Maju yang dikesan di sebuah restoran di Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua kes pertama kluster tersebut melibatkan kes 9,176 dan kes 9,177  yang dilaporkan pada 16 Ogos lalu.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa merupakan pekerja di restoran tersebut yang dikesan hasil saringan rawak ke atas pekerja restoran dan kedai makan yang telah dijalankan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Susulan itu, Dr Noor Hisham berkata, saringan kontak rapat dijalankan dan pelanggan restoran yang positf virus berkenaan telah dikesan.

"Pesakit mengalami gejala sakit tekak dan sakit kepala sejak 17 Ogos 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

"Setakat ini, seramai 672 orang telah disaring, termasuk 16 pekerja dan 656 orang pelanggan. Daripada jumlah  itu tiga kes dikesan positif COVID-19; dan 669 individu negatif," kata beliau dalam kenyataan yang diedarkan pada Jumaat.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat sedang diteruskan.

Dalam masa sama, langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar juga telah dijalankan di kedai makan tersebut.

Advertisement

Must Watch Video