awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kontak rapat individu positif, MB Perak jalani kuarantin 14 hari

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
28/04/2021
14:20 MYT
COVID-19: Kontak rapat individu positif, MB Perak jalani kuarantin 14 hari
Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad diarah menjalani kuarantin wajib selama 14 hari mulai hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad diarah menjalani kuarantin wajib selama 14 hari mulai hari ini, selepas berlaku kontak dengan seorang individu positif COVID-19 di Lenggong baru-baru ini.
Perkara itu disahkan setiausaha politik beliau, Datuk Sham Mat Sahat selepas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dilihat mewakili Saarani pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri di sini, pada Rabu.
Jelas Sham, beliau mengetahui perkara tersebut selepas Saarani meminta beliau mewakilinya ke sebuah majlis berbuka puasa di Batu Kurau yang dijadualkan pada Jumaat ini.
“Petang tadi dalam pukul 5 saya dapat maklumat bahawa Yang Amat Berhormat diminta untuk (jalani) kuarantin selama 14 hari kerana close contact (kontak rapat) dengan, yang positif di Lenggong.
“Tapi maklumat selanjutnya saya tak dapat lagi. Jadi, pukul 5 dia bagitau tak dapat hadir. Saya pun dapat maklumat tadi bila dia minta saya wakilkan dirinya ke majlis buka puasa hari Jumaat ini, di Batu Kurau. Bila saya tanya kenapa, dia kata dia kena kuarantin selama 14 hari,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri di Masjid Sultan Idris Shah II, di sini, pada Rabu.
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah terdahulu berkenan berangkat pada majlis berkenaan.
Dalam pada itu, Sham berkata arahan kuarantin terhadap Menteri Besar itu dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri selepas Saarani selesai mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di sini siang tadi.
Topic Berkaitan
#MB Perak
#kuarantin
#Menteri Besar
#Saarani Mohamad
#kontak rapat
#close contact
#Sham Mat Sahat
#Nuzul Al-Quran
#Lenggong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan