KUALA LUMPUR:Perbadanan Putrajaya (PPj) bersama Pejabat Kesihatan Putrajaya melaksanakan kerja-kerja sanitasi di Sekolah Kebangsaan Presint 8 (1), Putrajaya pada petang Jumaat.

Operasi sanitasi itu bagi mencegah dan mengawal penularan wabak COVID-19 di Putrajaya.

"Ia juga merupakan inisiatif prihatin Kementerian Wilayah Persekutuan, PPj dan agensi terhadap pembendungan wabak COVID-19.

"Langkah itu  selaras dengan teras “Cakna Keselamatan, Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin” bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan warga wilayah sentiasa diutamakan dan terpelihara," kata PPj dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

BACA: Notis merah digantung di SK Putrajaya Presint 8 (1), diarah tutup sehingga 16 Okt

BACA: Kes baharu COVID-19 masih tiga digit: Ini lima tumpuan sidang media KKM

BACA: Sekolah boleh ditutup jika terdapat guru atau murid positif COVID-19 - Muhyiddin

Operasi tersebut melibatkan 15 anggota dari Pejabat Kesihatan WP Putrajaya dan PPj.

"Kerja-kerja disinfeksi dilaksanakan di seluruh kawasan sekolah merangkumi bilik darjah, loker, koridor, bilik guru, tandas, dataran, hand rail (pemegang tangga) di semua aras blok A, B dan C.

"Operasi sanitasi akan diteruskan lagi pada hari esok bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya dan Alam Flora Sdn Bhd," ujar kenyataan itu lagi.