awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat sangat bertepatan - Mohamad Hasan

Astro Awani
Astro Awani
27/03/2020
10:37 MYT
COVID-19: Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat sangat bertepatan - Mohamad Hasan
Mohamad menyeru agar rakyat terus bersabar dalam menempuh keadaan sukar dan yakin akan berjaya mengatasinya.- Gambar fail
Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat bertepatan, startegik dan sesuai masa, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.
Mohamad dalam satu kenyataan berpendapat fokus utama rangsangan ini ialah mengurangi kesempitan hidup rakyat, membantu perniagaan dan melestarikan ekonomi.
"Ia sangat menyeluruh, menepati sasaran dan adil.
"Perdana Menteri telah melakukan perkara yang betul dan memberikan kepimpinan yang sangat diperlukan waktu ini.
"Semoga semua perkara yang diumumkan itu dapat segera diagih dan dilaksanakan," kata beliau menerusi Facebooknya.
Beliau menyeru agar rakyat terus bersabar dalam menempuh keadaan sukar dan yakin akan berjaya mengatasinya.
Menerusi Bantuan Prihatin Nasional, Muhyiddin mengumumkan bantuan tunai secara one-off yang turut meliputi kumpulan M40 dengan peruntukan hampir RM10 bilion.
Lebih 4 juta isi rumah berpendapatan bulan RM4,000 ke bawah akan mendapat bayaran RM1,600 bagi meringankan beban yang dialami akibat impak COVID-19 ke atas ekonomi negara ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berkata, bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
Bagi 1.1 juta isi rumah berpendapatan RM4,000 hingga RM8,000 pula akan menerima bayaran RM1,000, di mana ia akan dibayar sebanyak RM500 pada bulan April, manakala selebihnya pada Mei tahun ini.
Sementara itu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap Bantuan Prihatin Nasional yang diumumkan itu sebagai satu permulaan yang baik.
Beliau berpendapat kerajaan perlu segera menyampaikan bantuan tersebut kepada rakyat.
"Cabaran sekarang ialah untuk membayar wang ini secepat mungkin supaya ia sampai ke tangan rakyat.
"Proses rayuan kepada sesiapa yang tidak dapat juga perlu dipermudahkan dan disegerakan.
"Ini adalah keutamaan pada masa sekarang," katanya.
Bagaimanapun Najib berpendapat ada juga bahagian yang masih perlu diberi perhatian kerana situasi ekonomi dalam tempoh COVID-19 ini adalah sangat luar biasa berbanding ekonomi yang merudum.
Namun katanya, perkara tersbeut boleh ditambah baik dengan pakej-pakej tambahan pada masa akan datang.
Topic Berkaitan
#bantuan
#Mohamad Hasan
#Muhyiddin Yassin
#Najib Razak
#one-off
#Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat
#PRIHATIN
#tunai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan