awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Paling tinggi dalam sejarah, 8,290 kes baharu, Selangor catat 2,052 jangkitan

Astro Awani
Astro Awani
28/05/2021
07:53 MYT
COVID-19: Paling tinggi dalam sejarah, 8,290 kes baharu, Selangor catat 2,052 jangkitan
Sebanyak 8,290 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
KUALA LUMPUR: Perkembangan wabak COVID-19 dalam negara terus memperlihatkan angka tinggi direkodkan dengan 8,290 jangkitan baharu dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Susulan itu, jumlah kes keseluruhan COVID-19 dalam negara ialah 549,514 kes.
Pada masa sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kes kematian baharu akibat virus itu ialah 61 kes, menjadikan jumlah kumulatif 2,552 kematian setakat ini.
Selangor terus kekal sebagai negeri tertinggi dengan 2,052 kes baharu.
Menurut beliau, negeri-negeri lain dengan kes tertinggi ialah Kelantan (851 kes), Kuala Lumpur (830 kes), Johor (762 kes) dan Sarawak (698 kes).
Dalam pada itu, sebanyak 4,814 kes sembuh baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 474,139 kes.
Manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 72,823 dengan 808 menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 403 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 2,052 (179,502) Sabah - 308 (61,582) Johor - 762 (56,993) WPKL - 830 (56,862) Sarawak - 698 (45,436) Pulau Pinang - 421 (27,705) pic.twitter.com/DqKAwcqIUn
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 28, 2021
COVID-19: 28 Mei 2021 J kes sembuh: 4,814 J kumulatif: 474,139 (86.3%) J kes baru:8,290 J kumulatif: 549,514 J kes aktif: 72,823 Kes local: 8,288 (7,630WN, 658BWN) Kes import: 2 BWN J kematian: 61 (59 WN) J kumulatif: 2,552 (0.46%) J kes di ICU: 808 Pesakit Intubated:403 pic.twitter.com/odWAuBM512
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 28, 2021
Topic Berkaitan
#COVID-19
#paling tinggi dalam sejarah
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Selangor
#kes tertinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan