awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: PDRM gesa 620 individu belum jalani ujian saringan kedua untuk segera tampil

Astro Awani
Astro Awani
02/07/2020
13:51 MYT
COVID-19: PDRM gesa 620 individu belum jalani ujian saringan kedua untuk segera tampil
Huzir berkata mereka yang ingkar boleh dihukum penjara selama tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Bernama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa mereka yang pulang dari luar negara dan masih gagal menjalani ujian saringan COVID-19 kali kedua, agar segera tampil memberi kerjasama.
PDRM memaklumkan pihak mereka telah menerima maklumat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berkenaan 620 individu yang masih gagal berbuat demikian.
"Jika mereka masih berdegil, PDRM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed dalam satu kenyataan.
Mereka yang ingkar boleh didakwa di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan serta Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Ia juga merupakan kesalahan mengikut Peraturan 10 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (No.7) (Pindaan) 2020.
Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara selama tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam kenyataan hari ini memaklumkan seramai 620 individu yang menjalani kuarantin di rumah, masih belum menjalani ujian saringan COVID-19 kali kedua pada hari ke-13 yang diwajibkan terhadap mereka, setakat ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Huzir Mohamed
#ismail sabri yaakob
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#koronavirus
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan