KUALA LUMPUR :Pekerja yang bekerja di zon merah digalakkan untuk menjalani ujian calitan atau swab test COVID-19.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia adalah untuk memastikan pengesanan awal jangkitan itu bagi mengelakkan wujudnya kluster baharu di tempat kerja.
"Bagi pekerja yang berada di zon merah, kita tahu kalau mereka bekerja di zon merah risikonya tinggi, ataupun jika mereka yang tinggal di zon merah bekerja di zon kuning, risikonya tinggi kepada pekerja di zon kuning.
"Jadi kita telah bersetuju walaupun tidak diwajibkan untuk mereka membuat swab test tapi kita amat menyarankan untuk melakukan ujian tersebut," katanya pada sidang media di sini yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri memberitahu, ia adalah bagi memastikan status diri supaya tidak merbahaya kepada pihak lain.
Bagaimanapun, menurut beliau, bagi pekerja-pekerja warga asing yang bekerja di sektor pembinaan dan pengawal keselamatan, mereka diwajibkan untuk menjalani swab test.
"Mereka yang mempunyai gejala juga sudah tentu diwajibkan melakukan swab test," tegasnya.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
Umavathi Ramayah
Wed Oct 21 2020

Ismail Sabri Yaakob berkata, pekerja yang bekerja di zon merah digalakkan untuk menjalani ujian calitan atau swab test COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA

COVID-19 | Ekonomi mungkin ditutup jika kes tidak turun
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh akan dilaksanakan sekiranya kes penularan COVID-19 gagal dikawal menjelang 4 Februari. Menurut Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EUROCHAM Malaysia) perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Setiusaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Lokman Hakim Ali sewaktu mesyuarat bersama EUROCHAM.

COVID-19 | Sektor pembuatan ditutup jika kes meningkat? Apa impaknya?
Kita bersama Prof Madya Yusof Saari, Ketua Ekonomi Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan EIS-UPMCS, PERKESO.

Guru guna TikTok dan YouTube tarik minat pelajar
Ia juga untuk mengelakkan pelajar rasa jemu dan angkat kaki apabila mengikuti PdPR menerusi aplikasi yang memerlukan pelajar hanya duduk, mendengar dan sekali sekala sahaja menyampuk.

Vaksin COVID-19 | Kemungkinan individu dijangkiti semula
Tiga kemungkinan dikenal pasti menyebabkan seseorang yang sudah disuntik vaksin dijangkiti semula virus COVID-19. Dekan Eksekutif Fakulti Sains Perubatan dan Kesihatan, Taylor's University, Professor Emeritus Dr P.T. Thomas menjelaskan, paling utama, ada kemungkinan, individu berkenaan positif virus itu disebabkan vaksin tidak efektif.

Ringkasan Global: Adaptasi digitalisasi, realiti sebenar industri

COVID-19: Tiga kemungkinan mereka yang disuntik masih dijangkiti - Pakar
Paling utama, kata Prof Emeritus Dr PT Thomas, ada kemungkinan vaksin yang disuntik kepada penerima itu adalah tidak efektif.

Politik Tempatan | UMNO sedang diterajui Ahmad Zahid yang lemah - Penganalisis
Langkah keluar parti oleh pemimpin UMNO sebelum ini membuktikan kelemahan presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kepimpinannya, kata Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik UM, Dr Mohammad Tawfik Yaakub.

PKP2.0 | Dua bot Vietnam ditahan
Helah dua buat bot nelayan asing yang cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan menggunakan nombor pendaftaran paslu gagal selepas diberkas Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM). Menurut Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli, dua bot berkenaan ditahan KM Langkawi ketika melakukan rondaan di perairan negara.

PKP2.0 | Kawasan tumpuan, pelancongan Pasir Puteh ditutup
Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh Kelantan, beberapa kawasan tumpuan dan pelancongan di jajahan Pasir Puteh ditutup. Menurut Timbalan Ketua Jajahan Pasir Puteh, Mohd Kamarulzaman Abdul Wahab, papan tanda amaran dipasang di pusat peranginan sebagai peringatan kepada orang ramai supaya tidak mengunjungi pantai dan pusat peranginan.

PdPR | NUTP sokong cadangan saluran khas televisyen
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyambut baik dan menyokong cadangan ibu bapa yang mahu Kementerian Pendidikan (KPM) mewujudkan satu saluran khas pendidikan di televisyen yang boleh diakses murid daripada setiap golongan pendapatan. Langkah itu juga dilihat sebagai satu kaedah yang tepat untuk memperluas dan memperkasakan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan dipercayai bakal memberi impak positif kepada prestasi akademik pelajar. Untuk mengulas lanjut kita bersama Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock.

MOM yakin Sukan Olimpik berlangsung ikut jadual
Penganjur berusaha memastikan temasya selamat dan terjamin bukan sahaja kepada atlet dan pegawai tetapi juga masyarakat setempat.

COVID-19: Kes baharu dan sembuh paling tinggi, ini lima tumpuan hari ini
Bagaimanapun, perkembangan positif dilaporkan hari ini selepas kes sembuh melepasi angka kes baharu iaitu sebanyak 4,313 kes.

COVID-19: 4,275 jangkitan baharu, paling tinggi direkodkan setakat ini
Malaysia mencatat angka harian tertinggi dengan 4,275 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan mencecah 180,455 kes.

Bekalan darah negara menyusut, keprihatinan orang ramai ditagih
PDN menyasarkan sekurang-kurang 3,500 beg darah untuk kegunaan seminggu.

COVID-19: CAC cadangan yang baik namun menguruskannya lebih penting- Pakar
KKM perlu menambah kakitangan dalam kadar segera terutamanya selepas lebih banyak Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bakal dibuka selepas ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia catat kematian baharu tertinggi jadi tumpuan kenyataan media KKM
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 22 Januari.

KKM tubuh 213 Pusat Penilaian COVID-19 - Dr Adham
CAC akan mengklasifikasi tahap pesakit COVID-19 untuk menentukan pengurusan pesakit yang seterusnya, termasuk kelulusan rawatan di rumah.

Permintaan terhadap ujian saringan COVID-19 meningkat - MMA
Sejak gelombang ketiga COVID-19 melanda Malaysia semakin ramai melakukan ujian saringan walaupun mereka tidak bergejala mahupun bukan kontak rapat kepada kes positif.

PKPD Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas bermula 23 Januari - Ismail Sabri
Pelaksanaan PKPD itu untuk mengawal pergerakan masuk tahanan dari luar serta mengelakkan penularan jangkitan kepada kakitangan dan komuniti luar.