awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: PKPD di UTM Skudai bermula 21 Mei

Astro Awani
Astro Awani
19/05/2021
09:36 MYT
COVID-19: PKPD di UTM Skudai bermula 21 Mei
Ismail Sabri menjelaskan, pelaksanaan PKPD untuk memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor merupakan lokaliti terbaharu yang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperketatkan (PKPD).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan PKPD di lokaliti tersebut akan bermula pada 21 Mei hingga 3 Jun.
Ismail Sabri menjelaskan keputusan melaksanakan PKPD itu dibuat setelah penilaian risiko dibuat bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Sehingga kini, sebanyak 49 kes positif COVID-19 telah direkodkan hasil daripada 346 ujian saringan yang dijalankan oleh KKM yang melibatkan penghuni Kolej Datin Seri Endon, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Tun Dr Ismail, Kolej 9 dan 10 serta Pusat Kesihatan.
"KKM juga melaporkan kadar positiviti yang tinggi iaitu 14.2 peratus serta taburan kes positif serta kontak rapat telah menular di beberapa kolej lain," katanya menerusi kenyataan harian pekembangan pelaksanaan PKP pada Rabu.
Beliau menjelaskan, pelaksanaan PKPD untuk memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes COVID-19 supaya pesakit serta kontak rapat dapat diasingkan secepat mungkin serta menyekat penularan jangkitan ke kawasan luar.
Dalam pada itu, Ismail Sabri juga mengumumkan penamatan PKPD di Kampung Permatang Tulang, Jasin, Melaka; Kampung Lubok Katak, Tapah, Perak dan SMK Madai, Kunak, Sabah, yang semuanya berkuat kuasa pada 20 Mei.
Topic Berkaitan
#Universiti Teknologi Malaysia
#UTM
#Skudai
#PKPD
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#penularan
#jangkitan
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan