awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Polis nafi sekat jalan sekitar Penjara Reman Pulau Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
08/10/2020
04:51 MYT
COVID-19: Polis nafi sekat jalan sekitar Penjara Reman Pulau Pinang
Soffian meminta orang ramai menghentikan penyebaran maklumat berkaitan sekatan jalan raya tersebut. - Gambar fail
GEORGE TOWN:Polis Pulau Pinang nafi mengadakan sekatan dan penutupan jalan di sekeliling Penjara Reman di sini seperti yang tersebar di media sosial sejak pagi ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata, tiada laluan ditutup atau sekatan jalan raya dilaksanakan di sekitar kawasan berkenaan di sini buat masa ini.
Sehubungan itu, pihaknya meminta orang ramai menghentikan penyebaran maklumat berkaitan sekatan jalan raya tersebut
"Setakat ini kita belum menerima apa-apa arahan lagi berkaitan penutupan jalan," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas mesej yang tersebar di aplikasi WhatsApp dan Facebook berkaitan penutupan jalan di kawasan penjara pada Khamis.
Mesej palsu yang ditularkan. - Media sosial
Mesej palsu yang ditularkan. - Media sosial
Mesej berkaitan penutupan empat Jalan Utama / Jalan Penjara itu tular selepas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media semalam memaklumkan mengenai Kluster Penjara Reman.
Menurutnya, saringan mendapati tujuh orang positif COVID-19 termasuk seorang banduan yang meninggal dunia pada 5 Okt.
BACA: COVID-19: Bah Puchong, Penjara Reman - KKM kesan dua lagi kluster baharu
BACA: COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar
Lelaki berusia 85 tahun itu tidak sedarkan diri dalam penjara sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan meninggal dunia. Hasil ujian saringan yang dijalankan ke atas mayatnya mendapati positif COVID-19.
Berikutan itu, banduan dan petugas di penjara tersebut yang mempunyai kontak rapat dengan si mati telah diasingkan serta dikuarantin manakala semua banduan serta petugas turut menjalani ujian saringan COVID-19.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menjalankan operasi sanitasi dalam kawasan penjara bagi membendung penularan wabak.
Topic Berkaitan
#polis
#nafi
#tutup jalan
#Kluster Penjara Reman
#pulau pinang
#Soffian Santong
#COVID-19
#Sekatan Jalan Raya
#media sosial
#sebaran maklumat
#Penjara Reman Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan