awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pusat jagaan warga emas kembali operasi

Sinar Harian
Sinar Harian
23/03/2021
02:49 MYT
COVID-19: Pusat jagaan warga emas kembali operasi
Pusat tersebut terpaksa ditutup selepas lima kes positif dikenali sebagai Kluster Jalan Warga Emas dikesan. - Gambar hiasan
BERA: Pusat Jagaan Pertubuhan Pengurusan Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang di sini dibenarkan beroperasi semula setelah ujian calitan kedua kepada 234 penghuni warga emas dan penjaga pusat itu didapati negatif.
Exco Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Task-Force COVID-19 Negeri Pahang Bil 15/2021 pada Isnin.
Menurutnya, kerajaan Pahang memutuskan perkara itu setelah penilaian menyeluruh dibuat dengan mengambil kira perkembangan keputusan terkini ujian calitan COVID-19 yang dijalankan.
"Pusat ini terpaksa ditutup selepas lima kes positif dikenali sebagai Kluster Jalan Warga Emas dikesan melalui saringan survelan yang dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Bera pada 11 Mac 2021.
"Saringan ini melibatkan semua penghuni yang berumur 60 hingga 92 tahun dan penjaga.
"Kesemuanya kes positif telah dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh untuk rawatan lanjut," katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.
BACA: COVID-19: Pusat jagaan warga emas kembali operasi
Beliau berkata, kerajaan negeri amat menghargai komitmen tinggi yang ditunjukkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah serta sukarelawan yang terdiri daripada anggota Pertubuhan Sukarela Kebajikan Daerah (PSKD) Bera.
"Barisan sukarelawan ini telah mengambil alih tugas 37 penjaga penghuni rumah kebajikan ini yang terpaksa menjalani proses kuarantin," katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ujian calitan
#negatif
#warga emas
#Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang
#Shahaniza Shamsuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan