NATIONAL
COVID-19: R-naught negara meningkat kepada 1.08, Putrajaya tertinggi
KADAR kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 negara terus mencatat trend peningkatan selepas tujuh hari berturut-turut.
Pada Selasa, ia naik ke 1.08 berbanding 1.07 hari sebelumnya.
Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatat kadar tertinggi dengan 1.25.
Ia diikuti Pahang, Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka.Sabah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan pula masing-masing mencatat kadar 1.06, 1.04 dan 1.01.
Enam negeri lain mencatat kadar R-Naught di bawah 1.0.
Ia melibatkan Perak, Johor, Labuan, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.
Perlis pula mencatat dua kes.
Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami