awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Taiwan senarai virus Nipah sebagai Penyakit Kategori 5 susulan wabak di India
Ops Khas: JPJ sita enam kereta mewah bernilai RM1.5 juta
Masters Indonesia: Sze Fei-Nur Izzuddin lengkapkan hatrik gelaran buat Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Rt 1.32, Malaysia sekali lagi catat kadar kebolehjangkitan tertinggi

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
08/02/2022
00:52 MYT
COVID-19: Rt 1.32, Malaysia sekali lagi catat kadar kebolehjangkitan tertinggi
Kementerian Kesihatan pada Ahad menjangkakan kes jangkitan COVID-19 dalam negara boleh mencecah sehingga 22,000 pada akhir Mac ini. - Gambar hiasan BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia sekali lagi mencipta rekod tertinggi bagi kadar kebolehjangkitan (R-naught atau Rt) COVID-19, sejak pandemik bermula dua tahun lalu.
Nilai Rt 1.32 direkodkan pada Isnin, berbanding 1.27 pada Ahad, sekali gus mencatatkan trend peningkatan sejak beberapa hari lalu.
Dalam perkongsian infografik, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan, empat negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Sabah dan Perlis mencatat kadar tertinggi dengan nilai Rt 1.54, disusuli Sarawak dengan 1.48 dan Terengganu 1.36.
Ini diikuti Kedah (1.32), Putrajaya (1.29), Pulau Pinang (1.25), Johor dan Pahang (masing-masing 1.24) dan Selangor, Melaka dan Perak (masing-masing 1.23).
Manakala Kelantan mencatatkan nilai Rt pada 1.16, Negeri Sembilan (1.12), Kuala Lumpur (1.09) dan Labuan dengan 11 kes.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 7 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.32. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran pic.twitter.com/rCOMYU3e5n
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 7, 2022
Kementerian Kesihatan pada Ahad menjangkakan kes jangkitan COVID-19 dalam negara boleh mencecah sehingga 22,000 pada akhir Mac ini.
Dr Noor Hisham berkata, jangkaan itu berdasarkan nilai kebolehjangkitan kebangsaan pada Rt 1.20.
Sebelum ini, kadar R-naught tertinggi dicatatkan adalah pada 6 Feb 2022 dengan 1.27.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu-satu kes positif.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kadar kebolehjangkitan
#R-Naught
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan