KUCHING:Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tiga zon merah di negeri itu.

Tiga zon merah itu meliputi zon Kuching termasuk Samarahan dan Serian; zon Sibu termasuk Sarikei serta seluruh daerah Miri.

Selain PKPB, pergerakan rentas negeri ke tiga zon merah ini juga tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran pihak polis.

Keputusan Abang Johari itu dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada sidang media harian COVID-19 pada Isnin.

"Ketua Menteri membuat dua keputusan iaitu pelaksanaan PKPB di tiga zon merah dan membatalkan semua program beliau sepanjang minggu ini.

"Dengan pelaksanaan PKPB itu, kita berharap ia dapat memutuskan rantaian COVID-19," katanya.

Selain itu Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata, 47 rumah panjang di Sarawak dilaksanakan sekatan pergerakan.

"Antaranya 21 rumah panjang di Sibu, Kapit dan Sebauh (enam); Julau (dua) dan Sri Aman satu rumah panjang," katanya.