awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam penempatan Orang Asli di Kelantan dikategori "hot spot" bencana
Bas percuma ke Bukit Bendera tidak jejas operasi harian Rapid Penang
Krisis PN di Perlis tunjukkan parti itu lebih utamakan politik berbanding rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tahap kekhuatiran rakyat Malaysia terhadap virus menurun - Ipsos

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
21/04/2021
04:53 MYT
COVID-19: Tahap kekhuatiran rakyat Malaysia terhadap virus menurun - Ipsos
Hasil kajian firma penyelidikan pasaran, Ipsos Malaysia, mendapati, peratusan kekhuatiran rakyat Malaysia paling rendah dicatatkan pada Julai 2020 dengan sekitar 57 peratus. - Gambar hiasan/REUTERS
Kuala Lumpur: Majoriti rakyat Malaysia masih khuatir mengenai COVID-19, namun tahap kebimbangan itu merudum pada Julai hingga September tahun lalu.
Hasil kajian firma penyelidikan pasaran, Ipsos Malaysia, mendapati, peratusan kekhuatiran rakyat Malaysia paling rendah dicatatkan pada Julai 2020 dengan sekitar 57 peratus.
Pada bulan berikutnya iaitu Ogos 2020, peratusan naik sedikit kepada 61 peratus kemudian kembali merudum pada 58 peratus.
Sebelum itu pada Mac 2021, jumlah kekhuatiran rakyat Malaysia terhadap COVID-19 berada pada tahap 61 peratus.
Turut dinyatakan daripada hasil kajian itu, tahap kekhuatiran rakyat Malaysia terhadap COVID-19 tertinggi pada April 2020 iaitu sekitar 85 peratus.
Hasil kajian Firma Penyelidikan Pasaran, Ipsos Malaysia, mendapati, peratusan kekhuatiran rakyat Malaysia terendah dicatatkan pada Julai 2020 dengan sekitar 57 peratus. - Sumber Ipsos
Peratusan kekhuatiran rakyat Malaysia terendah dicatatkan pada Julai 2020. - Sumber Ipsos
Malaysia mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020 dan bertukar kepada PKP Pemulihan pada 10 Jun 2020.
Susulan berdepan gelombang ketiga COVID-19 selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kerajaan sekali lagi mengenakan sekatan dengan melaksanakan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Sabah bermula 14 Oktober.
Dalam pada itu, Kajian Ipsos turut mengkaji tahap kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia.
Berdasarkan kajian itu, tahap kesihatan emosi dan mental rakyat Malaysia terus meningkat dengan pertambahan 12 peratus.
Ia berbanding negara-negara lain yang mencatatkan peningkatan mendadak seperti India dengan 51 peratus, China dengan 41 peratus dan Australia dengan 9 peratus.
Beberapa negara lain mencatatkan penurunan dari sudut kesihatan mental dengan Hong Kong turun 7 peratus, Korea Selatan turun 16 peratus dan Jepun turun 22 peratus.
Kesihatan mental rakyat Malaysia turut bertambah kepada 12 peratus - IPSOS
Kesihatan mental rakyat Malaysia turut bertambah kepada 12 peratus - IPSOS
Sementara itu, kajian turut mendedahkan, 2 daripada 3 rakyat Malaysia optimis kehidupan akan kembali normal menjelang tahun hadapan.
Dua per tiga rakyat Malaysia optimis kehidupan akan kembali normal menjelang tahun hadapan - IPSOS
Dua per tiga rakyat Malaysia optimis kehidupan akan kembali normal menjelang tahun hadapan - IPSOS
Topic Berkaitan
#Ipsos
#COVID-19
#khuatir
#PKP
#kesihatan mental
#PKPB
#perintah kawalan pergerakan
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan