PUTRAJAYA : Mana-mana individu yang dijangkiti dan sedang menjalani kuarantin di kediaman atau di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) akan dipakaikan gelang peranti pengesanan berteknologi tinggi mulai 11 Mac ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, turut akan dipakaikan gelang pengawasan berkenaan adalah Individu Dalam Pengawasan (PUS) dan disyaki berkontak rapat dengan pesakit COVID-19 (PUI).
Katanya, jenis alat peranti akan dimaklumkan secara terperinci oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Pelaksanaan pemakaian gelang tersebut termasuk dalam Seksyen 15A, iaitu lima peruntukan baharu dan dan lima peruntukan sedia ada dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang dimasukkan dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.
"Untuk mereka tiga kategori ini sama ada diberikan perantin pengesanan teknologi terkini ataupun gelang tangan pengawasan jika mereka berada di hospital.
Untuk gelang pengawasan ini hanya digunakan kepada mereka yang berada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) atau rumah.
"Ini kerana bila kita buat pengawasan di rumah menggunakan peranti tersebut, ia akan lebih mudah. Tetapi kalau di hospital, kita gunakan gelang tangan atau gelang pengawasan seperti di hospital," katanya dalam dalam sidang media pada Rabu.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Di bawah Ordinan Seksyen 15A, penalti akan dikenakan ke atas individu jika alat peranti pengesanan dimusnahkan, dirosakkan atau diubah.
Selain seksyen tersebut, peruntukan baharu termasuk Seksyen 21A - Arahan Ketua Pengarah; Bahagian IVA - Penguatkuasaan; Seksyen 22A - Kesalahan Oleh Pertubuhan Perbadanan; Seksyen 31 - Kuasa Membuat Peraturan-Peraturan
Manakala lima pindaan perntukan sedia ada adalah; Seksyen 2 (1) - Taksiran Pegawai Diberi Kuasa; Seksyen 2 (1) - Tafsiran Pegawai Kesihatan Persekitaran; Seksyen 10 - Kehendak Supaya Memberitahu Tentang Penyakit Berjangkit dan Seksyen 24 - Penalti Am dan Seksyen 25 - Pengkompaunan Kesalahan.
Hasimi Muhamad
Wed Mar 03 2021

Menurut Dr Adham, tiga kategori individu akan diberikan gelang tersebut bagi tujuan pengawasan. - Astro AWANI

35 maut terjatuh dalam perigi di kuil
Puluhan penganut agama hindu maut selepas terjatuh dalam perigi di sebuah kuil ketika upacara sempena perayaan Ram Navami di Madhya Pradesh, India.

Indonesia, Rusia tandatangani perjanjian ekstradisi
Indonesia dan Rusia menandatangani perjanjian ekstradisi bagi mengukuhkan usaha memerangi jenayah rentas sempadan daripada pengubahan wang haram dan jenayah siber. Perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Undang-Undang Indonesia, Yasonna Laoly dan Menteri Kehakiman Rusia, Konstantin Chuychenko, dalam satu majlis yang diadakan di Bali.

Lima maut dirempuh di pusat pengedaran tepung percuma di Pakistan
Sekurang-kurangnya lima maut akibat rempuhan di sebuah pusat pengedaran tepung percuma di Pakistan, yang merupakan sebahagian daripada program kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan sempena bulan Ramadan.

China buka sempadan kepada kumpulan pelancong asing
China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat, selaras dengan keputusan kerajaan untuk menghapuskan dasar "toleransi sifar" terhadap jangkitan COVID-19.

Jepun akan dedahkan pelan cadangan tingkat kadar kelahiran
Jepun akan mendedahkan draf pelan cadangan bagi meningkatkan kadar kelahiran bayi di negara itu. Pelan terbabit termasuk meningkatkan subsidi pendidikan anak-anak.

Trump sifatkan pertuduhan sebagai campur tangan politik
Donald Trump menggambarkan pertuduhan terhadapnya sebagai penganiayaan dan campur tangan politik pada tahap tertinggi dalam sejarah. Ia selepas Trump menjadi bekas Presiden pertama dalam sejarah Amerika Syarikat.

Emilia tarik balik kes, SM Faisal dilepas dan dibebaskan
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat melepas dan membebaskan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin daripada pertuduhan mencederakan bekas isterinya, Emilia Hanafi, lapan tahun lalu. Majistret Nadia Othman membuat keputusan itu selepas emilia mengesahkan tindakannya untuk menarik balik kes terhadap ahli perniagaan itu.

Masa untuk bawa masuk pelaburan ke Malaysia - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ahli perniagaan Malaysia di luar negara untuk memudahkan lebih banyak pelaburan kembali ke dalam negara. Perdana Menteri berkata, tumpuan utama adalah untuk membina semula negara menerusi pelaburan domestik dan asing.

KKM cadang jawatan tetap libatkan semua skim kakitangan
Cadangan untuk menyerap petugas perubatan berstatus kontrak ke dalam sistem perjawatan tetap menerusi kaedah caruman KWSP akan turut melibatkan petugas sektor farmasi dan pergigian selain jururawat dan fisioterapi, kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.

Bekas Ketua Polis Perak diterima jadi Peguam
Bekas Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, diterima sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya. Prosiding penerimaan masuk Mior Faridalathrash, 61 tahun, yang berkhidmat 40 tahun sehingga bersara dalam Polis Diraja Malaysia itu, disempurnakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed pada Jumaat.

Wujudkan pegawai agama di hospital
Katanya, kakitangan hospital bertanggungjawab dalam memastikan pesakit Muslim menerima bimbingan yang betul untuk melakukan ibadah.

MRT HKL mudahkan warga kota, pesakit dapatkan rawatan
Stesen MRT HKL antara yang mesra pengguna dan dilengkapi kemudahan laluan gerak atau walkalator sepanjang 400 meter.

KKM pertimbang peruntukan khas pendigitalan rekod pesakit HKL
Hospital berusia lebih 150 tahun kini bergantung kepada kaedah manual untuk merekodkan kira-kira 16,000 data pesakit dalam tempoh sehari.

Pelajar perempuan maut ditembak pesakit mental di pekarangan masjid
Suspek yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda telah melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa.

Bilangan pesakit kanser di Terengganu meningkat
Peratusan tertinggi melibatkan pesakit kanser payudara iaitu 23.89 peratus, diikuti kanser kolon (11.8 peratus) dan kanser paru-paru (11.8 peratus).

Gagal dapatkan rawatan awal, hanya 70-80 peratus pesakit mental pulih
Kebanyakan pesakit mental tampil mendapatkan rawatan di hospital setelah lebih dua tahun mengalami masalah tersebut.

Rakyat Indonesia belanja AS$10.7 bilion untuk dapatkan rawatan di luar negara, khususnya di Malaysia
Hampir satu juta pesakit Indonesia mengunjungi Malaysia untuk mendapatkan rawatan manakala kira-kira 750,000 lagi ke Singapura dan negara lain.

14,426 pesakit buah pinggang jalani dialisis sepanjang tahun lepas - Dr Zaliha
Seramai 14,426 pesakit buah pinggang menjalani perkhidmatan dialisis di hospital kerajaan sepanjang tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Kes tikam pesakit: Lelaki diarah jalani pemeriksaan psikiatri
Lelaki yang menikam pesakit di Hospital Selayang itu diperintah menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan.

Atasi masalah tunggu lama, Young Syefura cadang bina hospital baharu di Bentong
Masalah waktu menunggu lama di Hospital Bentong sudah dibangkitkan Young Syefura dalam perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat.