awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tindakan kawalan dalaman dilaksanakan di rumah, fasiliti di Taman Sri Pulai Perdana

Bernama
Bernama
10/01/2022
20:19 MYT
COVID-19: Tindakan kawalan dalaman dilaksanakan di rumah, fasiliti di Taman Sri Pulai Perdana
Dr Aman berkata fasiliti umum yang berpotensi menjadi tempat penyebaran wabak seperti masjid dan sekolah di dalam kawasan tersebut juga telah dikenal pasti dan ditutup buat sementara bagi tujuan siasatan serta pengesanan kes secara berterusan.
JOHOR BAHRU: Tindakan kawalan dalaman telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Daerah Johor Bahru di rumah dan fasiliti berkaitan di Taman Sri Pulai Perdana, bermula Isnin susulan 47 kes positif melibatkan Kluster Pulai Perdana Tiga, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) Datuk Dr Aman Rabu.
Beliau sekali gus menafikan mesej berkaitan pewartaan seluruh kawasan Taman Sri Pulai Perdana sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran, yang tular di media sosial dan WhatsApp.
"Ekoran aktiviti pengesanan kes secara aktif dan siasatan dijalankan, mendapati rumah terbabit berselerak di sekitar taman perumahan tersebut.
"Dengan itu, tindakan kawalan dalaman pada rumah dan fasiliti berkaitan telah dilaksanakan mulai pada Isnin. Semua kes positif telah diisolasi dan kontak rapat kes yang dikenal pasti menjalani pengasingan di rumah," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi JKNJ malam tadi.
Dr Aman berkata fasiliti umum yang berpotensi menjadi tempat penyebaran wabak seperti masjid dan sekolah di dalam kawasan tersebut juga telah dikenal pasti dan ditutup buat sementara bagi tujuan siasatan serta pengesanan kes secara berterusan.
Beliau juga menasihatkan agar masyarakat mendapatkan maklumat sahih dari sumber yang rasmi sahaja, selain tidak menularkan sebarang berita tidak sahih agar tidak mencetuskan kebimbangan atau kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Terdahulu, tular mesej mengenai PKPD secara pentadbiran dilaksanakan di taman perumahan itu dengan pihak sekolah diminta memaklumkan kepada murid di sekitar kawasan perumahan berkenaan untuk tidak hadir ke sekolah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKPD
#Taman Sri Pulai Perdana
#COVID-19
#Dr Aman Rabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan