awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tujuh hospital dikenal pasti buat ujian persampelan guna air liur

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
04/03/2021
13:29 MYT
COVID-19: Tujuh hospital dikenal pasti buat ujian persampelan guna air liur
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, buat masa ini pihaknya sedang menunggu laporan lengkap penilaian tersebut sebelum kaedah itu dapat digunakan secara menyeluruh. - Gambar fail/REUTERS
PUTRAJAYA: Tujuh buah hospital telah dikenal pasti Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menjalankan ujian penilaian lapangan menggunakan kaedah pengambilan sampel air liur (deep throat saliva) bagi ujian saringan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, buat masa ini pihaknya sedang menunggu laporan lengkap penilaian tersebut sebelum kaedah itu dapat digunakan secara menyeluruh.
“Kita akan gunakan keadah persampelan cara pengambil air liur atau deep throat saliva untuk dijalankan ujian iaitu ujian RTK-Ag atau RT-PCR dan kini dalam tahap penilaian.
"Kita harap dapat laporan lengkap sebelum kita mengetengahkan kaedah persampelan 'deep throat saliva' atau menggunakan air liur untuk menjalankan saringan RTK-Ag atau RT-PCR," katanya lagi dalam sidang media harian KKM mengenai perkembangan COVID-19 negara.
Terdahulu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba pada bulan lalu memaklumkan, KKM akan memulakan ujian COVID-19 menggunakan persampelan air liur (deep throat saliva) di beberapa hospital kerajaan dalam masa terdekat.
Katanya, berdasarkan penilaian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) kaedah itu mempunyai sensitiviti sebanyak 96.67 peratus dan ketepatan iaitu spesifisiti 100 peratus.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#ujian saringan
#Hospital
#deep throat saliva
#persampelan air liur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan