awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca diramal baik pada Aidilfitri pertama, kedua - MET Malaysia

Sinar Harian
Sinar Harian
30/04/2022
20:40 MYT
Cuaca diramal baik pada Aidilfitri pertama, kedua - MET Malaysia
MET Malaysia) meramalkan tiada cuaca yang signifikan dan ekstrem dijangka berlaku semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.
SHAH ALAM: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan tiada cuaca yang signifikan dan ekstrem dijangka berlaku semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MET Malaysia, Mohd Hisham Mohd Anip berkata, secara keseluruhannya cuaca pada kedua-dua hari tersebut baik.
"Cuaca di kedua-dua hari tersebut biasa sahaja dengan kemungkinan ada hujan yang sedikit dan mungkin mendung pada waktu pagi di sebelah pantai Barat.
"Mungkin di sebelah petang hujan di bahagian pedalaman di Pahang, Kelantan dan Terengganu, tetapi tidak teruk.
"Sama juga di Sabah dan Sarawak berdasarkan penilaian daripada tiupan angin.
"Jadi orang ramai tidak perlu risau untuk menjalankan aktiviti atau untuk keluar berhari raya," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Bagaimanapun beliau berkata, kejadian ribut petir masih dijangka boleh berlaku di beberapa negeri seperti di bahagian Timur Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan di bahagian Barat Sarawak.
"Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kejadian ribut petir.
"Kami akan terus mengemaskini keadaan cuaca dan akan memaklumkan kepada orang ramai jika terdapat perubahan," katanya.
( - )#HariRayaAidilfitri2022#RamalanCuacaKhas#rancangsebaiknya#metmalaysia#KementerianAlamSekitarDanAir pic.twitter.com/APUbUE4s80
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) April 29, 2022
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#met malaysia
#Mohd Hisham Mohd Anip
#Jabatan Meteorologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan