KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sedang melaksanakan catuan bekalan elektrik di beberapa daerah di Sabah akibat permintaan tinggi susulan fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini.
SESB menerusi kenyataan hari ini memaklumkan catuan bekalan elektrik yang dilaksanakan di beberapa daerah secara bergilir-gilir bertujuan menstabilkan sistem grid elektrik negeri ini dan mengelakkan keseluruhan Sabah mengalami gangguan bekalan.
Menurut SESB secara purata, pemintaan bekalan elektrik pada waktu puncak untuk Sabah adalah sekitar 970 megawatt (MW), bagaimanapun pada 26 April lalu negeri ini telah mencatat permintaan paling tinggi untuk tahun ini iaitu 1,029MW.
"Keadaan cuaca panas yang melanda negara ketika ini secara tidak langsung telah meningkatkan permintaan tertinggi tenaga elektrik. Kapasiti penjanaan tenaga elektrik di Sabah secara amnya boleh menampung jumlah permintaan tersebut.
"Bagaimanapun baru-baru ini terdapat beberapa loji penjanaan telah mengalami masalah di luar jangka menyebabkan loji-loji tersebut tidak dapat menjana tenaga elektrik untuk memenuhi permintaan grid (elektrik) Sabah," menurutnya.
Menurut kenyataan itu, pada 12 April lalu sebuah stesen janakuasa bebas (IPP) berkapasiti 100MW telah mengalami kerosakan luar jangka menyebabkan SESB melakukan catuan bekalan, sebelum loji itu beroperasi semula setelah kerosakan berjaya dibaiki pada keesokan harinya.
Sementara catuan bekalan antara 40MW hingga 60MW dilakukan pada 27 dan 28 April lalu akibat masalah teknikal luar jangka yang dialami oleh beberapa stesen janakuasa milik SESB dan juga stesen janakuasa bebas hingga kehilangan kapasiti penjanaan hampir 64MW.
Ketua Pegawai Eksekutif SESB Mohd Yaakob Jaafar dalam kenyataan sama berkata SESB sedang berbincang dengan Suruhanjaya Tenaga dalam menangani masalah kekurangan rizab bekalan elektrik dengan menambah penjaaan baharu di Sabah dan Labuan.
"SESB ketika ini di dalam proses untuk menaik taraf sistem pembekalan elektrik di negeri ini danpelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan dan sebahagian daripada usaha ini, kini di peringkat mendapatkan kelulusan pihak pemegang taruh," katanya.
Mohd Yaakob berkata SESB memahami kesulitan dialami pengguna ketika berlaku gangguan bekalan elektrik, namun pada masa sama SESB memohon kerjasama pengguna untuk turut memahami kekangan yang dihadapi SESB dalam memberikan perkhidmatan yang mampan kepada pengguna.
Para pengguna dinasihatkan untuk menghubungi SESB Careline 15454, 088-515000 ataumelalui aplikasi Whatsapp 019- 8525427 dan melalui aplikasi mySESB bagi sebarang pertanyaan, laporan juga maklum balas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2023
Catuan bekalan elektrik yang dilaksanakan di beberapa daerah secara bergilir-gilir bertujuan menstabilkan sistem grid elektrik negeri. - Gambar hiasan
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang akan berlangsung dua hari bermula hari ini.
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
pembukaan kedai U Mobile pertama di Sabah adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan penduduk negeri itu dapat menikmati perkhidmatan pelanggan serta rangkaian produk inovatif U Mobile.
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.
Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera
Zambry berkata, terdapat beberapa isu yang menyebabkan krisis air di sekitar kawasan UMS masih belum dapat diselesaikan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah
Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
PM Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew.
Sabah pantau kesan letusan Gunung Ruang, keselamatan rakyat diutamakan - Hajiji
Kerajaan Sabah akan memantau kesan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia dan menegaskan bahawa keselamatan rakyat menjadi keutamaan.
44 kes melioidosis direkodkan di Sabah setakat ini
Ia merupakan peningkatan sebanyak 12.8 peratus berbanding dengan jumlah kes yang dilaporkan pada ME sama pada tahun lepas iaitu sejumlah 39 kes.
Sabah rancang jadikan Pulau Gaya sebagai tarikan pelancong - Hajiji
Kerajaan negeri bercadang untuk mengindahkan Pulau Gaya dan menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.