Ketika negara menghadapi cuaca panas dengan kehadiran fenomena El Nino rakyat menghadapi satu lagi 'bencana' iaitu penularan penyakit demam denggi apabila nyamuk aedes pembawa penyakit itu mengalami perubahan tingkah laku dan kitaran hayat.
Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Ghazali Othman berkata cuaca panas itu mendorong nyamuk aedes menjadi lebih agresif dan mempunyai kitaran hayat yang lebih pendek berbanding biasa.
"Kalau dahulu kitaran hayat bagi seekor nyamuk adalah seminggu tapi mungkin ia akan kurang daripada tujuh hari dalam cuaca panas ini dan tabiatnya untuk menggigit lebih agresif.
"Sehubungan itu masyarakat sekeliling perlu berjaga-jaga dengan menjaga kebersihan di kawasan kediaman kita dan tidak menjadikan kawasan kediaman tempat pembiakan nyamuk aedes," katanya kepada Bernama di sini.
Sebanyak 73 kes demam denggi dicatat di Melaka antara 3 hingga 9 Jan lepas meningkat berbanding 48 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Dr Ghazali berkata selain kawasan kediaman, tapak pembinaan di negeri ini juga diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan dan menggunakan bahan pencegah jentik-jentik sekiranya mereka perlu menyimpan takungan air di kawasan tersebut.
Beliau berkata kerajaan negeri dan jabatannya juga sedang giat menjalankan langkah membanteras demam denggi di negeri ini dengan menjalankan pemeriksaan di premis dan kawasan wabak aktif serta melakukan semburan kabut di kawasan tersebut.
"Jabatan Kesihatan Melaka juga menegeluarkan 800 kompaun berjumlah RM400,000 kepada 760 pemilik premis individu dan tapak pembinaan di negeri itu yang membiarkan premis mereka menjadi tempat pembiakan Aedes sepanjang tahun lepas," katanya.
Dr Ghazali berkata daripada jumlah itu, 387 premis di kawasan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (235) dan Jasin (138).
Katanya 14 tapak pembinaan iaitu 10 di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (tiga) dan Jasin (satu) diarah menutup kawasan tersebut mengikut Seksyen 8(3)(aa) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 kerana membiarkan kawasan mereka menjadi tempat pembiakan Aedes.
"Kami juga mendaftarkan 66 kes di mahkamah pada tahun lepas serta 39 daripadanya telah selesai dan disabitkan kesalahan dengan jumlah denda yang dikenakan sebanyak RM29,700," katanya.
Dr Ghazali berkata 29 kompaun berjumlah RM14,500 dikeluarkan di negeri ini antara 1 dan 9 Jan tahun ini melibatkan kawasan di daerah Melaka Tengah.
Katanya jumlah kes demam denggi di Melaka terus mencatatkan peningkatan iaitu 124 kes dengan 17 lokasi wabak aktif dikesan di tiga daerah di negeri itu antara 3 dan 14 Jan lepas.
"Jumlah kes denggi ini meningkat kalau dibandingkan hanya 73 kes antara 3 dan 9 Jan lepas dan ia dijangka akan meningkat ekoran keadaan cuaca panas dan kering yang melanda negara," katanya.
Beliau berkata daerah Melaka Tengah menyumbang kes tertinggi dengan 37 kes diikuti Jasin (26) dan Alor Gajah (21).
Katanya lokasi wabak aktif ialah Solok Bukit Piatu, Pangsapuri Bukit Beruang Utama, Jalan Cheng Perdana, Taman Rumah Awam Rumput Perdana, Pangsapuri Sri Siantan dan Pangsapuri Taman Tasik Utama, Taman Pertam Jaya, Taman Ayer Keroh Height dan Taman Tasik Utama di Daerah Melaka Tengah dan Jalan Sekolah Ghafar Baba Masjid Tanah dan Taman Sri Sutera Alor Gajah di Daerah Alor Gajah; serta Taman Muhibbah di Daerah Jasin.
Bernama
Sun Jan 17 2016
Sebanyak 73 kes demam denggi dicatat di Melaka antara 3 hingga 9 Jan lepas meningkat berbanding 48 kes dalam tempoh sama tahun lepas. - Gambar fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Kes demam denggi meningkat pada ME 45, dua kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,583 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 45 bagi tempoh 3 hingga 9 Nov lepas berbanding 1,346 kes pada minggu sebelumnya.
Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.
Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.
Kes denggi meningkat pada minggu kelima 2024, tiada kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi kumulatif yang dilaporkan hingga ME05 ialah sebanyak 18,427 kes berbanding 11,127 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Halang pegawai kesihatan buat pemeriksaan Aedes di rumah boleh diambil tindakan
Individu yang gagal patuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.
Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 - KP Kesihatan
Kumulatif kes denggi tahun ini sehingga ME49, sebanyak 114,365 kes berbanding 60,110 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Kes demam denggi di Ipoh meningkat 265.9 peratus
Rumaizi berkata, peningkatan itu adalah sebanyak 265.9 peratus berbanding dengan 129 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
1,877 kes demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi 16
Sebanyak 1,877 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 16 iaitu dari 16 hingga 22 April, penurunan 522 kes atau 21.8 peratus berbanding 2,399 kes pada minggu sebelumnya.
Selangor catat 31,822 kes demam denggi sejak Januari - Pengarah Kesihatan
Berlaku peningkatan kes sebanyak 131.5% melibatkan 18,077 kes berbanding minggu epidemiologi (ME) sama tahun lepas iaitu sebanyak 13,745 kes.