Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan membiarkan sebarang cubaan pihak tertentu untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia kerana ia melanggar undang-undang dan boleh dianggap penderhakaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau telah mengeluarkan arahan tegas kepada pegawai PDRM di Sabah dan juga Sarawak berhubung perkara tersebut.
"PDRM tidak bertolak ansur dengan apa saja perbuatan yang melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaan. Tindakan tegas akan diambil.
"Saya beri peringatan kepada mereka yang cuba mainkan isu ini dan hasut rakyat. Tunggulah tindakan polis," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pasukan bola sepak PDRM Liga Super musim 2015, di sini hari ini.
Semalam, sembilan suspek ditahan selepas disyaki mengedarkan risalah berkaitan 'Sabah, Sarawak Keluar Malaysia (SSKM)' di beberapa lokasi di tamu (pasar minggu) Tuaran antara 9.50 pagi dan 10.42 pagi.
Berikutan tangkapan itu, sebanyak 113 risalah pelbagai tajuk dan beberapa buah buku dirampas daripada suspek untuk membantu siasatan.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dilaporkan berkata kesemua sembilan suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama selepas rakaman percakapan diambil.
Mengenai seorang rakyat Malaysia yang dilaporkan terbunuh sewaktu pertempuran membabitkan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan komando polis Filipina, Khalid berkata PDRM masih menunggu pengesahan laporan itu.
"Bergantung kepada Filipina. Kita masih menunggu. Kita tidak dapat mengesahkan bahawa Marwan terbunuh dalam pertempuran di Filipina," katanya.
Laporan media Filipina sebelum ini, menyebut seorang lelaki Malaysia berstatus pengganas dan pakar pembuat bom, Zulkifli Hir atau Marwan terbunuh dalam pertempuran yang turut mengorbankan kira-kira 50 komando polis Filipina dan mencederakan 12 anggota lain.
Pertempuran berlaku ketika komando polis Filipina cuba menangkap Marwan dalam pertempuran kira-kira 11 jam di bandar Mamasapano yang dikuasai MILF, baru-baru ini.
Bernama
Mon Feb 02 2015
KHALID: PDRM tidak akan membiarkan sebarang cubaan pihak tertentu untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia kerana ia melanggar undang-undang. -Gambar fail
Enam cedera, tiga parah nahas empat kenderaan
Kesemua yang cedera di bawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Keluarga Faisal Halim kuat semangat - Adam Adli
Timbalan Menteri KBS, Adam Adli berkata, keluarga Faisal Halim berada dalam keadaan baik selain beliau turut dimaklumkan Faisal menunjukkan semangat yang tinggi untuk pulih.
Belia perlu ada integriti, harga diri dan maruah yang kuat - Adam Adli
Golongan belia perlu memiliki integriti, harga diri dan maruah yang kuat untuk muncul sebagai sebuah bangsa tidak kalah, tahan cabaran dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Pemandu lori ditahan seleweng 1,800 liter diesel
Pemandu lori kanvas yang membawa muatan minyak diesel disyaki tidak memiliki dokumen atau permit kebenaran daripada KPDN.
Sediakan portal data untuk orang awam pantau keadaan pokok
Menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail,pihak berkuasa tempatan (PBT) harus ambil cakna untuk adakah sebuah portal data bagi pokok-pokok yang berada di Kuala Lumpur.
Pokok buluh boleh dijadikan sebagai penghalang kepada angin yang kuat
Menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr Nor Atiah Ismail, dengan adanya penghalang ini, ia daoat mengelakkan lebih kerap isu pokok tumbang daripada terjadi.
Lebih 8,000 permasalah ibadah dikemukakan sejak e-Taib diperkenal
Perkhidmatan menerusi aplikasi THhujjaj itu mendapat sambutan menggalakkan daripada jemaah di Tanah Suci dan juga mereka yang di tanah air.
Industri Padi: Strategi pengurusan perakaunan dalam kalangan pesawah
Bagaimana setiap pesawah padi boleh mengurus kewangan mereka dengan strategik di sebalik pelbagai cabaran? Kupasan bersama Koordinator (YSBC - Yunus Social Business Centre) UPM, Profesor Madya Dr Hasri Mustafa.
Hari Belia: Ramai dapat kerja tapi berkemahiran rendah?
Kadar pengangguran Malaysia menurun kepada 3.3 peratus namun masih ramai pekerja yang meraih pekerjaan berkemahiran rendah. Justeru dalam reformasi ekonomi yang diperlukan, apakah langkah sesuai untuk meningkatkan ruang kerja lebih mahir untuk rakyat Malaysia?
[DATA & STATISTIK] Penduduk Malaysia cecah 34 juta, 90% warganegara
Ini merupakan peningkatan 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (33.2 juta). Ia disumbangkan oleh pertambahan semula jadi yang positif bagi Warganegara dan juga pertambahan penduduk Bukan Warganegara. Jumlah penduduk ini merangkumi 30.6 juta (90.0%) Warganegara dan 3.4 juta (10.0%) Bukan Warganegara.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
Kes hasutan: Keputusan permohonan Sanusi gantung perbicaraan diketahui 2 Feb
Hakim Nor Rajiah dalam keputusannya mengecualikan tertuduh daripada hadir pada tarikh berkenaan dan memaklumkan perbicaraan pada hari ini, esok dan 12 Februari digantikan dengan tiga tarikh baharu.
Warga emas ditahan muat naik hantaran provokasi, hasutan
Suspek warga tempatan berusia 61 tahun yang menggunakan nama akaun Facebook Nong Mazlan itu ditahan di Kampung Hulu, Melaka, semalam.
Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan, perkara itu pernah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjatuhkan Dr Mahathir pada 2020.
Perhimpunan jalanan bukan penyelesaian - Sultan Johor
"Ini bukan cara negara kita... tiada yang menang. Semuanya akan rugi."
Isu kalimah Allah: Polis kenal pasti individu sebar kenyataan berbaur hasutan
Siasatan telah dijalankan pihaknya Sabtu lepas terhadap pemilik akaun Facebook Mujahidah Malaysia.
Buku: Ahmad Maslan buat laporan polis terhadap Tommy Thomas
Beliau mendakwa penulisan yang terkandung dalam buku itu berbaur hasutan dan berniat jahat serta boleh menimbulkan kebencian terhadap pentadbiran negara.
Puluhan akaun Facebook Myanmar diturunkan, didakwa terlibat hasutan, politik perkauman
Sejumlah 36 akaun dan enam laman web yang dikendali sebuah agensi perhubungan awam, Openmind dibuang atas sebab menggunakan identiti palsu dalam usaha mempromosikan kerajaan junta.
Polis siasat individu hina institusi raja, kerajaan
Lelaki dikenali sebagai Ganesparan a/l Nadaraja, 38, beralamat terakhir di P-1-5 RH Pangsa Flat MPS Jalan Tan Sri Manickavasagam, Seremban, Negeri Sembilan.
Mahkamah batal saman difailkan oleh Sangeet Kaur terhadap bekas Ketua Hakim Negara
Hakim mendapati saman yang difailkan oleh peguam Sangeet Kaur Deo sebagai pemohon adalah bersifat akademik selepas Mahkamah Persekutuan membebaskan Karpal Singh.