awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CUEPACS mohon 1.62 juta penjawat awam bantu kurangkan pergerakan

Astro Awani
Astro Awani
18/03/2020
06:16 MYT
CUEPACS mohon 1.62 juta penjawat awam bantu kurangkan pergerakan
"Jika semua ini dapat dilakukan maka sektor awam sahaja mampu mengawal pergerakan 8 juta penduduk Malaysia sekali gus mengawal penularan COVID-19," kata Adnan. - Gambar fail
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon 1.62 juta penjawat awam kecuali yang diarahkan bertugas agar terus kekal bertugas dari rumah dan membatu mengurangkan pergerakan selaras dengan Arahan Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa hari ini.
Presidennya, Adnan Mat berkata, selain itu penjawat awam juga disaran mengawal pergerakan ahli keluarga supaya patuh kepada perintah terbabit.
"Jika semua ini dapat dilakukan maka sektor awam sahaja mampu mengawal pergerakan 8 juta penduduk Malaysia sekali gus mengawal penularan COVID-19," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
CUEPACS juga menerima aduan berbagai isu daripada pihak pekerja termasuk berkaitan penutupan taska swasta dan taska jabatan yang telah menyebabkan pekerja diarahkan bertugas mengalami kesukaran.
"CUEPACS berharap Ketua Perkhidmatan bijak dalam menguruskan hal ini termasuk langkah kawalan kerja lebih masa yang tidak mesra pekerja dengan memotong 1 jam waktu lebih masa dengan menganggapnya waktu rehat sedangkan pekerja bekerja tanpa mengira masa dan tiada istilah keletihan sebaliknya keutamaan kepada negara.
"Bagi Pejawat Awam di Skim Keselamatan seperti PDRM, Tentera dan lain-lain sama ada beruniform atau pegawai awam yang dikehendaki atau diarah bertugas di pejabat, budi bicara Ketua Jabatan perlu untuk membenarkan pejawat awam diberi kemudahan Cuti Tanpa Rekod (CTR) bagi hal-hal kecemasan seperti penjagaan anak kerana Taska dan pusat jagaan kanak-kanak diarah tutup," ujar beliau.
Langkah berkenaan bagi mengelakkan penjawat awam membawa anak-anak ke pejabat kerana tiada pengasuh, sedangkan arahan jelas untuk mengurangkan jumlah kehadiran pekerja ke pejabat.
"CUEPACS juga memohon pihak kerajaan mengambil kira kebajikan pekerja sambilan harian. Dengan berkuatkuasanya sekatan ini bermakna mereka tidak bekerja dan hilang punca pendapatan. Mohon mereka-mereka ini dibantu sebagaimana bantuan kepada pekerja yangg bercuti tanpa gaji," tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#COVID19
#COVID2019
#cuepacs
#Cuti Tanpa Rekod
#koronavirus
#Malaysia
#PDRM
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan