awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuepacs mohon kerajaan, LPPSA pertimbang tangguh bayaran balik pembiayaan perumahan

Bernama
Bernama
09/12/2021
11:01 MYT
Cuepacs mohon kerajaan, LPPSA pertimbang tangguh bayaran balik pembiayaan perumahan
Adnan berkata walaupun perkara itu telah terkandung dalam perjanjian pinjaman, pihak kerajaan dan LPPSA seharusnya menggunakan budi bicara untuk menangani isu tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk mempertimbangkan penangguhan bayaran balik pembiayaan perumahan, sehingga rumah peminjam siap dibina oleh pemaju atau selepas mereka menerima kunci rumah.
Presidennya Datuk Adnan Mat dalam kenyataan berkata syarat pembiayaan LPPSA menetapkan peminjam perlu membuat bayaran semula pinjaman selepas 24 bulan daripada tarikh kelulusan pinjaman tetapi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lepas telah mengakibatkan banyak projek perumahan tergendala dan tidak dapat disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
"Perkara ini telah mengakibatkan ada peminjam yang terpaksa membayar balik pembiayaan mereka walaupun kediaman mereka masih belum disiapkan oleh pemaju ekoran projek yang tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
"Situasi ini mengakibatkan penjawat awam yang membuat pembiayaan LPPSA terpaksa mengeluarkan perbelanjaan berganda iaitu membayar sewa rumah yang sedang didiami ketika ini serta bayaran bulanan penuh pinjaman LPPSA untuk rumah yang masih belum siap," katanya dalam kenyataan hari ini.
Adnan berkata walaupun perkara itu telah terkandung dalam perjanjian pinjaman, pihak kerajaan dan LPPSA seharusnya menggunakan budi bicara untuk menangani isu tersebut dengan mengambil kira keadaan ekonomi kini yang tidak begitu baik.
"Adalah satu perkara yang sangat memeritkan apabila mereka ini perlu dipotong gaji penuh setiap bulan untuk membayar semula pinjaman. Sudahlah tiada moratorium diberikan untuk pinjaman LPPSA, mereka ini dibebani juga terpaksa membayar bayaran penuh rumah yang masih lagi tidak siap.
"Tambahan pula dengan kos barangan yang naik mendadak ketika ini mengakibatkan pengurangan dalam pendapatan boleh guna penjawat awam," katanya.
Cuepacs turut memohon pertimbangan kerajaan untuk memberikan moratorium pinjaman sekurang-kurangnya tiga atau enam bulan kepada peminjam selain menekankan alasan bahawa penjawat awam dan pesara masih menerima gaji serta pencen penuh bagi menampung perbelanjaan bulanan, tidak wajar digunakan untuk menolak pemberian bantuan kewangan itu kepada mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuepacs
#LPPSA
#Pinjaman Perumahan
#Adnan Mat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan