awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Curi nasi lemak di kedai serbaneka, dua rakan dipenjara sebulan

Bernama
Bernama
03/12/2024
08:30 MYT
Curi nasi lemak di kedai serbaneka, dua rakan dipenjara sebulan
Majistret Amira Abd Aziz menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Nor Fitri Abdullah, 29, dan Tan Kok Kim, 27, serta memerintahkan kedua-dua lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula tarikh tangkap pada 2 Dis. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dua rakan dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri beberapa jenis makanan termasuk nasi lemak dan mi goreng di sebuah kedai serbaneka semalam.
Majistret Amira Abd Aziz menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Nor Fitri Abdullah, 29, dan Tan Kok Kim, 27, serta memerintahkan kedua-dua lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula tarikh tangkap pada 2 Dis.
Mereka didakwa mencuri beberapa jenis makanan di dalam bangunan sebuah kedai serbaneka di Bukit Bintang di sini pada 4.11 petang mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh didenda.
Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, hendaklah dipenjara dan boleh juga didenda atau sebatan.
Mengikut fakta kes pada hari kejadian, dua lelaki itu telah mengambil makanan di kedai berkenaan keseluruhan berharga RM61.60 tanpa membuat bayaran.
Timbalan Pendakwa Raya Ravindejit Kaur memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran namun Peguam Siti Summaiyah Ahmad Jaafar dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya tidak bekerja dan menanggung keluarga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes curi
#hukuman penjara
#nasi lemak
#mi goreng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan