MALAYSIA
Cuti 15 Sept, hadiah perpaduan buat rakyat Malaysia

Pengumuman itu sebagai simbol kesungguhan kerajaan dalam menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Pemberian cuti hari kelepasan am tambahan pada 15 Sept ini bersempena sambutan Hari Malaysia dilihat sebagai manifestasi perpaduan nasional yang semakin diperkuatkan di bawah Kerajaan MADANI.
Ringkasan AI
- Pemberian cuti umum 15 Sept sempena Hari Malaysia dilihat sebagai usaha Kerajaan MADANI memperkukuh semangat kebersamaan rakyat pelbagai kaum, selaras dengan nilai Rukun Negara.
- Profesor Sarjit Singh Gill menekankan keperluan suara generasi muda dalam membawa naratif perpaduan, sementara cuti panjang dilihat sebagai peluang mengeratkan silaturahim dan kegiatan kemasyarakatan.
- Cuti tambahan dijangka memberi ruang kepada keluarga untuk bercuti, serta merancakkan ekonomi tempatan bersempena sambutan Hari Malaysia yang akan berlangsung di Pulau Pinang.
"Cuti tambahan ini dapat memberi ruang kepada masyarakat untuk mengadakan pelbagai kegiatan sosial dan kemasyarakatan untuk menyemai benih-benih perpaduan," katanya kepada Bernama.
Sarjit yang juga Profesor Antropologi Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM) turut mengingatkan bahawa suara generasi muda wajar diangkat dalam membawa naratif perpaduan yang organik agar mesej penyatuan terus relevan merentas masa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pengumuman Penghargaan untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi semua saluran televisyen utama serta platform media sosial hari ini mengumumkan 15 Sept ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi menghargai ukhuwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia.
Rakyat juga diseru memanfaatkan peluang itu untuk menjalinkan silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara.
Sementara itu, pekerja swasta K. Sivananthan, 37, berkata cuti tambahan itu membuka peluang untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga memandangkan ia jatuh pada minggu cuti sekolah.
"Cuti panjang amat ditunggu-tunggu dan peluang ini akan kami gunakan sewajarnya untuk membawa anak bercuti dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ia juga dapat merancakkan ekonomi setempat di seluruh negara," katanya.
Sambutan Hari Malaysia 2025 pada 16 Sept ini akan diadakan di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth, Pulau Pinang dengan pelbagai pengisian menarik.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami