Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah bersedia sepenuhnya dalam menghadapi cabaran risiko banjir musim tengkujuh yang kini sedang melanda beberapa negeri di Malaysia.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar berkata semua JBPM negeri diarah mengaktifkan bilik gerakan banjir dan memastikan setiap anggota dan aset berada dalam tahap optimum.
Malah, katanya JBPM juga telah membekukan cuti semua anggota bomba yang bertugas di negeri yang terjejas akibat banjir selain akan mengerahkan bantuan dari negeri berdekatan untuk membantu jika wujud keperluan.
"Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengeluarkan Surat Arahan Jabatan pada 1 November 2017 kepada semua Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri seluruh negara untuk membuat persediaan dalam menghadapi bencana banjir.
"Semua JBPM Negeri diminta untuk mengaktifkan bilik gerakan banjir di Pusat Gerakan Operasi sedia ada, dan perlu mengemaskini maklumat banjir dua kali setiap hari di kawasan yang terjejas.
"JBPM Negeri juga diminta untuk memastikan semua peralatan dan kenderaan menyelamat berada di dalam keadaan baik dan boleh digunakan dan juga mengenalpasti kawasan berisiko banjir, tanah runtuh dan lokasi kedudukan pusat penempatan mangsa banjir," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan dikemukakan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) yang meminta KPKT menyatakan sejauh manakah tahap kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam menghadapi cabaran risiko banjir musim tengkujuh yang kini sedang melanda beberapa negeri di Malaysia dan apakah tindakan serta usaha menyelamat yang telah dilaksanakan sejurus selepas banjir melanda negeri-negeri tersebut beberapa hari lalu.
Tambahnya, seramai 27,260 anggota bomba, Pasukan Bomba Bantuan dan Pasukan Bomba Sukarela diseluruh negara telah bersiap sedia untuk operasi menyelamat sekiranya berlaku banjir.
Malah, JBPM juga telah bersedia dengan aset yang sedia ada yang merangkumi kenderaan marin, kenderaan darat dan juga pesawat udara yang boleh digerakkan pada bila-bila masa.
Pasukan Penyelamatan Di Air ataupun Unit SCUBA juga telah bersedia dengan kekuatan anggota seramai 554 orang diseluruh negara.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Nov 07 2017
JBPM juga telah bersedia dengan aset yang sedia ada yang merangkumi kenderaan marin, kenderaan darat dan juga pesawat udara yang boleh digerakkan pada bila-bila masa.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.