KUALA LUMPUR: Pemaju hab teknologi, Cyberview Sdn Bhd melantik Kamarul Ariffin Abdul Samad sebagai ketua pegawai eksekutif baharunya berkuat kuasa 14 Ogos, 2023.
Sebelum pelantikan ini, beliau merupakan pengurus besar Sime Darby Property Selatan Sdn Bhd dan bertanggungjawab menguruskan projek Malaysia Vision Valley di Negeri Sembilan, kata Cyberview dalam satu kenyataan semalam.
"Saya berbesar hati dengan peluang yang diberikan untuk berkongsi pengalaman saya dengan pasukan sambil kami berusaha gigih untuk menjayakan pelan induk Cyberjaya yang dilancarkan pada 2019.
"Walaupun ada kemajuan, dan kita melihat pelbagai usaha yang dilakukan untuk menarik pelaburan langsung asing teknologi dan pelaburan langsung domestik membuahkan hasil, namun masih terdapat potensi besar untuk memajukan pembangunan Cyberjaya," kata Kamarul Ariffin dalam kenyataan tersebut.
Semasa berkhidmat dengan Sime Darby Property Bhd beliau memegang pelbagai jawatan utama antaranya dalam unit pembangunan perniagaan, perancangan strategik dan pelaburan korporat dan perniagaan.
Kamarul Ariffin pernah menyandang jawatan sebagai ketua pegawai perhubungan strategik bagi Battersea Power Station Development Company Ltd di London, yang mewakili konsortium Malaysia terdiri daripada Sime Darby Property, SP Setia Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan pengarah dalam lebih 25 syarikat Sime Darby Property di pelbagai negara dan wilayah antaranya di Malaysia, United Kingdom, Hong Kong, Australia dan Vietnam.
Cyberview berkata pengalaman luas Kamarul Ariffin lebih 30 tahun dalam pelbagai bidang akan memantapkan peranan syarikat itu dalam membentuk masa depan Malaysia yang inovatif, menerusi Cyberjaya, yang merupakan lokasi pelaburan teknologi pilihan dan hab teknologi global.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023
Kamarul Ariffin juga pernah memegang jawatan pengarah dalam lebih 25 syarikat Sime Darby Property di pelbagai negara dan wilayah antaranya di Malaysia, United Kingdom, Hong Kong, Australia dan Vietnam. - Foto Cyberview Sdn Bhd
Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.
Pelaburan China di Sarawak cecah RM19.4 bilion, cipta lebih 10,000 peluang pekerjaan - Abang Johari
China labur lebih RM19.4 bilion terutamanya dalam projek solar, keluli dan pembuatan berasaskan kayu di Sarawak.
Bekalan beras Sabah, Sarawak cukup menjelang Kaamatan dan Gawai - Arthur
Jumlah stok sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan beras di kedua-dua negeri itu serta Semenanjung bagi tempoh hingga lima bulan.
Tekanan inflasi daripada penyasaran subsidi diesel boleh diurus - HLIB
Langkah menyasarkan subsidi diesel dianggarkan membawa penjimatan sebanyak RM4 bilion setiap tahun kepada kerajaan.
Kimberly bersara setelah hilang motivasi untuk berlatih
Kimberly Bong mengambil keputusan tinggalkan kem terjun negara selepas tidak lagi bermotivasi untuk meneruskan latihan.
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Cyberview lantik Kamarul Ariffin Ketua Pegawai Eksekutif baharu
Beliau sebelum ini pengurus besar Sime Darby Property Selatan Sdn Bhd, bertanggungjawab menguruskan projek Malaysia Vision Valley.