KUALA LUMPUR: Daftar Pemilih Tambahan Bulan Februari Tahun 2024 (DPT BLN2/2024) yang telah diperaku dan diwartakan hari ini, dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 20 April ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata daftar pemilih tambahan itu mengandungi 33,983 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 29 Feb lepas yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.
"DPT BLN2/2024 juga mengandungi 6,742 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,442 pemilih bertukar status atau kategori pengundi," katanya menerusi kenyataan hari ini.
SPR menyediakan lima kaedah semakan iaitu melalui portal di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my atau portal rasmi pejabat pilihan raya negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.
Semakan juga boleh dibuat menerusi aplikasi mudah alih MySPR Semak atau Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218.
Beliau meminta warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 29 Feb lepas dan pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk membuat semakan.
"Sekiranya mereka mendapati nama tidak disenaraikan dalam DPT BLN2/2024, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke pejabat pilihan raya negeri yang berkenaan," katanya.
Mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat mengemukakan bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, boleh mengisi Borang D di pautan sama atau di pejabat pilihan raya negeri berkenaan.
Orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau menghubungi SPR di 03-8892 7218 atau mana-mana pejabat pilihan raya negeri bagi sebarang pertanyaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024
Daftar pemilih tambahan itu mengandungi 33,983 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 29 Feb lepas. - Gambar fail
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
Daftar Pemilih Tambahan Februari 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar pemilih tambahan itu mengandungi 33,983 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 29 Feb lepas.
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mei 2023 dibuka untuk semakan
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mei Tahun 2023 (DPT BLN5/2023) yang telah diperakui semalam dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari sehingga 14 Sept depan.
Daftar pemilih tambahan September dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan September Tahun 2022 (DPT BLN9/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 31 Dis.
PRU15: Masih ramai pengundi muda tidak tahu nama dalam daftar pemilih - PM
Warga Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun harus tahu bahawa mereka telah disenaraikan sebagai pengundi secara automatik.
43,508 pemilih baharu didaftarkan, semakan bermula hari ini hingga 14 Okt - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2022 (DPT BLN8/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, kini dibuka untuk semakan bagi tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 14 Okt.
PKR perkenal aplikasi ADIL bagi daftar pemilih dan PAT
Ia akan dilancarkan secara rasmi bermula 4 Mac ini oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dakwaan tidak bekalkan daftar pemilih, SPR perlu jawab segera
Penjelasan harus diberikan supaya tidak timbul pelbagai persepsi negatif selepas isu tersebut dibangkitkan Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR, Fuziah Salleh pada Rabu.
Lebih 4 juta belia berusia 18 tahun didaftar secara automatik sebagai pemilih setakat 16 Jan - PM
Lebih 4 juta pengundi berusia 18 tahun telah didaftarkan sebagai pemilih secara automatik setakat 16 Jan lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
PRN Melaka: Parti mana bakal dominasi 28 kerusi DUN?
Daftar pemilih terkini ST2/2021 yang dikemas kini sehingga 3 Oktober lalu akan digunakan dalam PRN Melaka.
Kesilapan sistem - 101 warga Singapura di luar negara tidak dapat mengundi
Kesilapan itu menyebabkan permohonan untuk mendaftar alamat kontak setempat (LCA) untuk tujuan mengundi tidak diproses.